Borak O.o @ DinoBytes

Makan minum ....

s1. Wak! 

j1. Ya! Eh! mengapa engkau panggil aku wak! Kenapa?

 

s2. Bukan apa - kerana engkau tu aku hormat sikit! Macam ada orang tu 'kan panggil orang tuanya dengan panggilan "wak":. OKlah! aku nak tanya apakah sebenar keperluan manusia ni?

j2. Ok! tak apalah namun mari kita "angkat" dari yang basic.

- bila anak2 di"beranak"kan - mula2 dia nanggis

- maknanya dia hendakkan perhatian: dalam bahasa halusnya - dia minta perhatian dengan penuh kasih sayang!

Soalan ....

s1. Wak saya nak tanya sedikit boleh?

j1. Tanyalah nak!

 

s2. Sepanjang hidup Wak apakah agaknya satu benda yang menjadi ingatan Wak buat selama2nya?

j2. Ada orang yang mengikut pendapat2 kita walaupun mereka tidak menyebutnya secara terus terang....

 

wallahu'alm ...

Makan

s1. Apabila seorang anak Adam lahir apakah yang dibuatnya?

j1. Menanggis

 

s2. Bolehkah disenaraikan apakah implikasi menanggis?

j2. Mungkin!

- minta perhatian

- lapar

 

wallahu'alam ....

 

Masa!

s1. Waktu itu penting bagi umat islam. Terangkan apakah salah satu kepentingan waktu itu?

 

j1. Memang kita sembahyang fardu 5 waktu diwaktu yang telah ditetapkan.

contoh:

- sekarang ini waktu subuh masuk sekitar pukul 5.40 pagi. Kalaulah dimesjid imam melewat2kan sembahyang subuh selepas pukul 6 pagi - jadi lambatlah jemaah yang bekerja hendak sampai kepejabat. Ini melibatkan jemaah yang sememangnya mengambil masa lama untuk kepejabat.

- lagi! hanya bagi peringatan kepada orang2 yang sekarang ini berada diMakkah yang mengerjakan haji.

Kena balik!

s1. Masa dulu dialah "king". Ada apa2 sahaja sorong sahaja pada orang - 'nah jaga ini' katanya. Sekarang apa sudah jadi dengan dia?

j1. Minta maaflah. Sekarang ini giliran dia pula. Orang kesayangan dia kata - nah jaga ini! aduh ...\

 

subhanallah!

Dapat apa?

S1. Kita sembahyang dapat apa?

J1. Dapat pahala! 1 kebajikan dapat 10x gandan kebajikan.

 

S2. Kita bayar RM30 sebulan pada Majlis Bandaran - dapat apa?

J2. Dia angkat sampah. Bersikan parit. Bersihkan jalan. Sabit rumput dll..

 

S3. Tapi kenapa daun bersepah atas jalan. Parit tersumbat dll...?

J3. Kurang pekerja. Belanja pekerja mahal!

 

S4. Tapi duit dah collect. Apasal tak juga selesai kerja.

Bersih

Bolehkah kita amalkan satu perbuatan yang paling mudah.

1. Bawa plastik kecil kemana kita pergi

S1. Apa tujuannya?
J1. Apabila ternampak sampah dimana2 ditempat dimasjid, ditempat awam dlnya ... kita masukkan sampah tadi dalam plastik kita dan buangkan ditempat sampah.

Wallahu'a lam

Kejadian asal ...

S1. Malaikat dijadikan dari apa?
J1. Dari cahaya.

S2. Jadi kalau tiba2 kita dapat idea bernas, 
- bolehkah kita kaitkan dengan cahaya?

J2. Tuhan tidak bercakap direct dengan kita. 
- Sedangkan nabi pun berperantaraan malaikat juga. 
- Nabi Musa yang minta hendak tengok Allah pun terus pengsan!

S3. Syaitan/iblis dari api apa macam ni?
J3. Memang!
- bayangkan bila kita marah
- berasap
- ada asap ada api

S4. Haiyaa! itu awan 'kan asap mana ada api?
J4, Haiyaa. Habis awan tu apa?

Saman!

S1. Apa makna saman?
J1. Saman dari kata "summon" - dipanggil hadir untuk ... atau "mengadap" untuk ... ini bahasa high class punya!

S2. Tetapi kenapa polis cakap: "awak kena saman RM200 kerana kesalahan ... "?
J2. 
- Kalau ikut makna asal polis itu sudah bercakap salah. 
- Dia patut cakap "Awak kena saman ke makamah. Nanti disitu hakim akan jatuhkan hukum denda RM200". 

Tetapi kerana tidak paham kegunaan kata jadilah perangai - jump to conclusion. Terus2 "denda" sahaja! 

Enjoy!

Pages