"أَفَلَا تَعْقِلُونَ" dan  "أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ"

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Man: Wak! Kadang2 saya ni jadi terpinga2 tak tentu pasal ler wak!

Wak: Apasal?

Man: Saya tertanya2 : "apasal ler saya ini dijadikan Allah dalam duni ni?

Wak: Leh! Itu yang engko nak bertanya? Hmmmm.... Kalo aku sebut nanti rasa2nya melak engko nak marah pada aku ker tak?

Man: Nak marah apasal pulak tu wak. Saya cuma tak tahu. Jadi saya bertanya ler wak. Apa takkan tak boleh? Kita santai2 ler wak!

Wak: Gini! Engko baca quran tak? Kan aku dah pesan. Baca quran hari2. Baca quran! Janga tinggal.

Man: Ia wak. Dah baca pun wak. Dah juga refer pun pada sumber2 yang baik. Dulu pakai keset. Sekarang pakai hp lagi wak. Dah tak payah nak tanya2 orang ini dan itu.

Wak: Bagus tu. Itu maknanya engko nak pastikan bacaan engko itu tak menyalahi tajwid kan?

Man: Memanglah wak. Kan ustaz2 dan ustazah2 pun banyak yang pesan. Baca ler quran bio betul. Salah baris. Keluo makna lain. Hah. Tak pasal2 quran pulak akan mengkeji kita. Bunyi entah apa. Makna entah apa. Main hentam. Main nak dapat pahala konon. Akhirnya dapat dosa. Sepatah kata "wahabi" ... setiap dosa balasannya neraka...". Maka bila salah sebut nanti keluo makna lain. Kan kan wak!

Wak: Dari satu segi. Ia itu pun betul. Tapi ada engko tengok maknanya seperti yang terdapat pada quran JPM tu : "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'..."    

Man: Ada ler sikit2 wak! Yang ini saya rasa dah dengo. Dimana akhirnya jin menjadi setan dan iblis.

Wak: Bukan itu yang aku nak tekankan. Aku lebih cenderung pada perkataan "Khalifah" - manusia sebagai "khalifah" Atau katakanlah - kita sebagai orang islam adalah "kalifah" retinya apa?

Man: Retinya manusia dah diangkat melebihi jin. Maka dari situ - manusia akan jadi pemerentah dunia wak dari saat itu!

Wak: Bukakankah manusia tu ramai. Dan ada yang dilantik menjadi nabi dan rasul?

Man: Iya wak. Dari manusia yang pertama - Nabi Adam lagi sampai akhirnya turun ke Nabi Muhammad wak. Semuanya dari kalangan manusia. Mereka2 lah dah dilantik sebagai "kalifah" dunia.

Wak: Betul tu. Jadi perkataan "khalifah" itu engko dah kaji? Engko juga tadi kata - engko tertanya2 - "apasal ler engko dijadikan dan dihidupkan engko dalam dunia ini oleh Allah!" Adakah cuma nak memenuhi dunia. Atau cuma untuk mengumpul pahala nak bawa ke akhirat? Pada hal Allah dah sebut "khalifah" kenapa kita tak fikirkan. Semua ker nak jadi khalifah? Atau yang terpilih?

Man: Hah! Mana ada ruang untuk semua jadi "khalifah" wak. Maka mana rakyatnya? Maka Khalifah itu hanya orang2 yang tertentu sahaja wak.

Wak: Ada tak engko jumpa tak dalam quran ayat seperti : "أَفَلَا تَعْقِلُونَ" - maka apakah mereka tak beraqal - "ta'qiluun" kan itu datangnya dari perkataan "akal" dalam bahasa kita? Kemudian "أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ" maka apakah mereka tak berfikir? - kan ada bunyi "tatafakkaruun" - atau pendeknya "fikir".

Man: Maka apakah hubungan "khalifah" dengan "akal" "fikir".

Wak: Kalo engko nak jadi "khalifah": ada ker main pakai cakap ajer. Nak buat ini. Buat itu. Takkan tak gunakan  akal - tak berfikir. Pada aku "kalifah" itu boleh juga dikatakan sebagai "leader" atau "pioneer". Kalo nak jadi leader - adaker boleh main cakap2 ajer - macam bercakap di kedai kopi sajer ker! 

Man: Aduh kena sebiji saya ni wak!

Wak: Engko bertanya - aku cuma bagi pendapat aku sajer. Engko tak nak fikir - hah! Takut2 menyalahi panduan quran! Jatuh salah kerana tak ikut quran. Sebab engko tak nak berfikir pun - itu pun point yang engko telah menyimpangkan quran. 

Man: Aduuuh wak. Dari soalan sesenang itu dah jadi berat bebenor ni wak!

Wak: Itu ler kepandaian Allah. Dari sesatu yang mudah. Jadi ler ia bertepek2 hingga ... faham2kan ler iyer.

Man: Tapi takkan semua orang nak jadi leader wak - mana boleh. Mana ada ruang!

Wak: Itu ler datangnya research atau kajian. Manusia memang ler ada peringkat2nya. Kalo engko dah sampai level atas. Kerjanya memang mendesak pada level itu. Tapi kalo engko ni terletak pada level - duduk terperesuk ditepi jalan dengan topi beso ... nak kata amacam....

Man: Eheheh wak itu nampak macam menyindir atau mengkenengkan kepada yang ...  wak!

Wak: Emmmm ... macam bunyi .... "Tarik balik. Tarik balik. Tarik balik..... Itu sudah menjatuhkan maruah... Tarik balik......"

Man: Itu macam wak nak kenenkan .... bunyi bergaduh dalam parlimen bunyinya wak!

Wak: Terpulang ler pada engko. Baik pun ini bukan dalam parlimen kan. Ini cuma kita sesama kita. Tapi cuba ler engko berpegang pada kata2 tadi tu :  "أَفَلَا تَعْقِلُونَ" dan  "أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ"
Apa2 pun aku harap buka ler minda tu sikit iyer...

خلص

لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

25/10/14