2.5% secoet aje!
Submitted by tokchuk on Tue, 10/22/2013 - 09:08
Man: بسم الله
Wak: بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
Man: Wak boleh tak ceritakan pasal zakat secara ringkas?
Wak: Apasal?
- Engkau dah nak keluokan zakat ke?
- Aku rasa kalo gitu, bagus le tu,
- kalo engko dah terasa nak berzakat. Teruskan niat tu. Jangan banyak2 fikir. Jalan je. Allah suka pada orang yang dapat menolong sesama islam. Lebih2 lagi yang kurang bernasib baik.
Man: Rasa2nya zakat fitrah dah ok dah, pasal itu dah jadi perkara biasa je.
Wak: Ya, kemudian keluokan pula zakat harta pula. Kira je berapa ada harta engko, seperti emas dan perak. Lepas tu, keluokan le zakat 2.5%.
Man: Amacam nak kira?
Wak: Aku dah lupa tentnag emas dan perak berapa had yang perlu di keluo kan zakat. Mungkin macam emas sekitar 90gram ke agak2, kena buka kitab ni.
Perak pula 600gram ke atau sekitar itu.
Atau tanya jabatan ugama ni.
Man: Habis sekarang ni duit dalam bank dan hasil gaji pun main kena zakat juga amacam?
Wak: Ala dah orang ugama fatwakan, keluo je le. Bukannya banyak sangat, cuma 2.5%
Cuba engko fikir.
- bila engko buat baik tuhan bagi 10x ganda.
tapi bila engko ada lebih sikit engko cuma
- keluokan 2.5%
amacam ada reti ke?
- tuhan bagi lagi beso
- kita bagi secoet aje
abis mahu cakap banyak lagi.
yang kita boleh masuk syurga tu cuma atas push-up allah aje. kalo nak kira betul2 1 to 1, oo sorry! tak tercapai! kalo gitu, jadilah kita semua ni masuk neraka le.
ya allah sesungguhnya engkau sungguh pemurah dan penyayang, jadikah kami ini kaum yang senantiasa beringat dan ingin membuat kebajikan sepanjang hidup ini
والله اعلم بالصواب
Categories:
