ada keywords...

Man: 
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
Man: Wak! Saya nak tanya wak sikit wak!
 
Wak: Ye!
 
Wan: Allah suruh kita buat baik! Buat kebajikan pada makhluk Allah 'kan?
 
Wak: Memang! Kalo kita sama2 mengamalkannya. Maka dapatlah kita pahala untuk dibawa mati. Kemudian Allah akan mencurahkan banyak lagi rahmat kepada manusia. Bukan kita sorang dapat. Malah seluruhnya...
 
Man: Kemudian... ape-ke sebeno-nya keyword-nya wak?
 
Wak: Keyword! Ape-ke benda ni!...
 
Man: Hmmm. nak cakap apa ye!... Point yang penting tak....
 
Wak: Hmmm... kan tadi dah kita kata. Buat baik pada sekeliling kita. Jadi keyword dia:
- buat baik. buat kebajikan...
 
Man: Ada lagi-ke?
 
Wak: Hmmmm... buat baik لله تعالى
 
Man: Kerana Allah ta'ala
 
Wak: Ye! Buat baik yang hanya mengharapkan balasan dari Allah. Bukan dari yang lain. Sebab bila kita libatkan yang lain dari Allah. Salah2 kita jadi menyengutukan Allah. Syirik tu!
 
Man: Hmmm.... keyword-nya:
- buat baik dan kebajikan
- لله تعالى
 
Wak: Ye. Kita mintalah pada Allah
 
Ya Allah jadikanlah kami ini golongan yang suka dan senantiasa membuat kebajikan.
Umat yang suka menyebarkan kebenaran. Iaitu menyebarkan syiar islam dengan لله تعالى
Dan jadikanlah kami patut pada suruhanmu ya Allah kerana hidup selepas ini akan tidak berkesudahan.....
Ya Allah bantulah kami. Lindungilah kami dari perkara keji. Kuatkan kami supaya sentiasa beramal dengan amalan yang kau redhai...
 
الله اعلم بالصواب