adakah itu gambaran iman?
Submitted by tokchuk on Mon, 12/13/2021 - 07:27
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا - ahlan
Man: اهلًا بِك - ahlan bik - Yaa Wak!
Satu hari tu. Saya terberjalan le ke satu tempat tu.
Wak: Eh! Masa2 covid ni pun engko melata?
Man: Tak wak! Ini cuma cerita sebelum ini lagi wak!
Wak: Hah. Masa ini jangan le engko keluo tak tentu pasal. Allah dah turunkan bala ni.
- Kuatkan le usaha engko. Minta ampun pada Allah banyak2 ye!
Man: Ye wak! Tapi cerita yang saya nak cakap tu gini le wak!
Wak: Ye! Teruskan.
Man: Pada satu hari tu. Saya berjalan2 seorang. Cuci mata le.
Jadi! melintas le saya pada sebuah rumah. Penghuninya tu tua. Sebab saya nampak memang pun dia tu tua sedang mem-polish knob pintu depan rumahnya. Berkilat wak. Bukan itu je. Kawasan rumahnya tu pun nampak bersih. Kira.Rajin le mak chik tu.
Wak: Memang! Aku perasan kafir memang begitu. Itu le cara mereka mengabiskan masanya dengan me-maintain rumah yang dia duduk. Itu le kalo engko masuk kawasan orang2 yang rajin. Habis kafir. Berzikir tak tahu. Beribadat pun mana ada!
Man: Maka bila saya teringat benda itu,
Saya pun terfikir.
- Mengapa le pihak masjid ni tak serajin itu.
- Tentang kebersihan. Masjid langsung tak tergodeh!
Wak: Eh! Kan dah ada siak. Meraka le kena buat kerja.
Man: Tapi bukan nak mengata wak. Tapi realitinya.
Pihak masjid tak peduli sangat pada siak. Kadang ada seorang je siak. Habis2 dua orang. Takkan tergodeh satu masjid.
- mana nak bersihkan tempat sembahyang
- mana nak tengok toilet
- mana nak tengok keliling masjid. Semak ke. Kotor ke.
- kira kerja general maintenance berlambak
- kalo sebiji rumah yang sedang besonya pun penat wak! Ini kan masjid lagi beso dari rumah!
Wak: Memang. Kerja maintenance ni jadi masalah pada semua masjid.
Pandang je le pada masjidil-haram.
- Pekerja kerja 24jam.
- Itu pun ada juga corner mana yang tak tercover!
Man: Pihak masjid kena le fikir berpadanan dengan pendapatan. Kalo pendapatan sekian2. Utamakan kebersihan dulu. Penuhkan le penjagaan masjid tu. Supaya bersih. Senang mata menengoknya. Maka cari le pekerja pembersih yang berpadannan.
Faham le!
- bahawa masjid tu rumah Allah.
- Kalo buat sambil lewa.
- Maknanya: gitu le gambaran iman kita.
Tak gitu wak?
Wak: Ada point tu! Langkah yang boleh di pakai ni.
إنا لله وإنا إليه راجعون - innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun
- sesungguhnya kami dari Allaah dan sesungguhnya kembali kami kepadanya
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Categories:
