Alternatif
Submitted by tokchuk on Mon, 12/13/2021 - 13:38
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا - ahlan
Man: اهلًا بِك - ahlan bik - Yaa Wak!
Wak! Kalo tak silap saya. Dulu ada ustaz bising2.
Wak: Bising2. Apa ke halnya?
Man: Semasa saya duduk sorang2 ni.
Wak: Pasal engko duduk sorang2 ni. Bini mana? Balik kampung beranak ke?
Wak: Kan saya ni bujuang wak. Mana ada kelengkap rumah yang complete!
Wak: Ye2. Teruskan.
Man: Jadi. Semasa saya membasuh baju dengan tangan. Saya teringat. Ada ustaz sebut:
- basuh baju dengan mesin
- tak patuh syariah
Wak: Apa alternative-nya.
Man: Kalo tak silap saya. Ustaz tu kata:
- basuh baju mesti pakai air mengalir.
Wak: Maka semua orang kena pergi ke sungai pulak le untuk membasuh baju. Le! Bercampur le pulak jantan betina? Dah jadi masalah sosial pulak!
Man: Tak perlu wak!
Tiap rumah kan dah ada paip wak! Bio pakai paip yang on sepanjang dan mengalir airnya!
Jadi masa membilas pakaian. Kan paip dah mengalir!
Wak: Hmm... Ada tak orang dah buat kajian tentang apa bezanya basuh dengan mesin lawan basuh dengan tangan, engko?
Man: Saya rasa. Sampai setakat ini tak siapa pun peduli wak!
Wak: Hmm... Aku rasa. Bila kita tegur sesuatu. Sebaiknya datangkan le alternative. Bio ada pilihan.
Man: Hmmm... Tapi saya terfikir pulak wak.
Rasa2 saya le wak. Kalo le ustaz2 tu:
- keluo sikit modal
- cari le orang untuk buat kajian
- mula2 buat perbandingan
- mana untung basuh tangan atau mesin
- tapi kalo nak pakai mesin juga
- orang islam kena le design sendiri mesin basuh tu!
- jangan biokan kafir yang buat.
- bukannya orang islam kurang kepakaran pun.
Kan wak?
Wak: Ye! Kalo le dah ada mesin dibuat oleh orang islam. Habis le mesin kafir. Tak laku. Tak ke ekonomi orang islam akan bertambah baik?
إنا لله وإنا إليه راجعون - innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun
- sesungguhnya kami dari Allaah dan sesungguhnya kembali kami kepadanya
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
Categories:
