Amacam ... berhemah
Submitted by tokchuk on Sun, 10/30/2016 - 17:41
Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Wak! Saya rasa-le wak! Kita ni kena belajo berhati2 bila bercakap.
Wak: Silap cakap kena kita merana nanti...
Man: Ye! Diakhirat menyesal tak terkira...
Wak: Memang Allah dah ceritakan... Tapi manusia ni sentiasa tak beringat...
Eh! Sebetulnya apa yang engko nak ceritakan ni?
Man: Hmmm... dah terlupa pulak.... Tapi... o saya rasa-le
- kita kena belajo bercakap slow2. Tak berebut. Kalo dapat sepatah2.
Wak: Ye... cakap le perlahan2. Maknanya bercakap macam orang tua walaupun umor masih muda lagi. Kerana dengan bercakap sebegitu sempatlah kita berfikir sebelum satu2 perkataan tu keluo. Ini macam menyusun strateji...
Man: kemudian. Bila kita berbual dengan seseorang. Bila berlaku soal-jawab....
- setiap kali kita menjawab soalan.
-- Maka kena-le kita jawab dengan kata2 yang baik2.
-- kata2 yang tidak menyakitkan.
-- atau keluo-kan kata2 yang menidakkan kata2 lawan kita...
Wak: Malah dalam sama2 berbincang....
- kita tak pula memeremeh2kan idea kawan kita tu
atau pun
- pun kita berikan kesimpulan negetaif....
Man: Hmmm... macam ini kena ada kelas bercakap....
Wak: Communication yang baik.
Ya Allah jadikan kami ini kaum yang berpelajaran dan berkhemah tinggi....
الله اعلم بالصواب
Categories:
