Amacam buat planning

Man: بسم الله
 
Wak: بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
 
Man: Baru ini saya terlalu le pada satu jalan tu.
 
Wak: O, aku ingat engko dah pergi jalan2. Makan angin ke. Jadi ini kira bukan le ni?
 
Man: 
Ya! 
 
Jalan tu memang le sebok. Tapi bila saya tengok pihak bandaran siap bubuh penghadang jalan cantik tepi sebelah kiri untuk pejalan kaki, malah bukannya sangat orang nak berjalan kaki disitu dengan keadaan Malaysia yang panas dan rata2 orang naik kereta sahaja, tapi dibuatnya juga. Hingga cuma 2 lorong kereta sahaja yang boleh lalu pada satu masa. Dah le jalan tu sentiasa sebok, ditambah dengan traffic light pula nun didepan. Bila lampu merah sahaja, maka panjang berderet le kereta. Yang nak masuk ke kiri pun ikut tersekat. 
 
Apa le yang mereka buat town planning ni?
 
Wak: Tentang ini le yang aku benak! Jadi apa sudah jadi?
 
Man: Sekarang selepas dekat nak setahun, saya nampak habis penghadang tadi direbas pihak bandaran. Nampak macam nak perbesarkan jalan pula. Tak tahu apa kesudahan sebab baru je direbas.
 
Wak: O, akhirnya sebelum setahun, entah2 contractor jalan yang lalu dapat lagi le kerja ubahsuai! Eh eh.
 
Man: Nampaknya tak serek juga pihak2 jenis ini. Yang baru audit negara sebut agaknya masih juga perkara ini tetap berjalan?
 
Wak: Tak tahu le apa aku nak cakap. Pasal aku pun tak tahu apa sebenarnya planning mereka tu. Mungkin awal dulu dah salah planning ke?
 
Man: Saya rasa pihak bandaran mesti ada orang2 yang reti buat planning. Mesti ada yang sekolah tinggi pun. 
 
Wak: Mungkin juga mereka sekolah tinggi tu tak boleh nak tegur.
 
ya allah engkaulah yang mentakdir sesuatu. Tetapi kami bermohon padamu, apalah kiranya berikanlah kepada kami dan sekitar kami, orang2 yang senantiasa berfikir untuk kebajikan orang ramai seperti apa yang engkau ingatkan. Janganlah engkau biarkan orang yang membuat sesuatu sambil lewa, tidak serious tentang sesuatu menjadi pihak yang mentadbir kami .... 
 
 
والله اعلم بالصواب