apa persamaan ustaz cikgu atau pensyarah

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم [Kesejahteraan ke atas kamu] wak!

Wak: وعليكم السلام [Dan ke atas kamu juga keselamatan] - engko!

Man: Wak! Saya nak dengo pandangan wak!

Wak: Atas perkara apa tu?

Man: Jangan marah iyer wak! Sajer2 borak kedai kopi! Ready wak! Apa persamaan ustaz cikgu atau pensyarah! Hah cakap wak!

Wak: Mereka itu kan pengajar dalam bidang masing2!

Man: Hmmm... gini ler wak! Betul ler apa yang wak kata - mereka tu pengajar. Tapi wak.....!

Wak: Weeh! ada tapi lagi?

Man: Biar saya listkan.
Ustaz biasanya:
- mengajar mengikut apa yang dia suka. 
- kadang2 dia merepeat apa yang orang lain dah cakap!
tapi cikgu atau pensyarah 
- mereka mengajar satu2 subject apa yang ada dalam silibus dalam bidangnya itu
- kadang2 mereka keluo kan notes sendiri
- kadang2 mereka keluo kan tutorial sendiri
- cikgu atau pensyarah kena attend kursus pengajaran

Wak: Iyer ler ustaz2 itu kan kerja sendiri. Maka kena ler dia pilih topik2 yang dia suka. 

Man: Dari segi bayaran pilak wak!
Ustaz:
- memang ler mereka tak minta kos mengajar per jam
- tapi ada surau2 dan masjid2 berbaik hati mereka beri saguhati mungkin RM200 atau sekitar itu 

Wak: Itu kalo dalam kawasan masjid atau surau orang berada, Kalo kampung2 entah tak dapat apa pun. Air lior ajer! Kadang air bawak botol sendiri.

Man: Ini kita cerita dari satu segi lain pulak. Kata ler cikgu atau pensyarah
- gaji ikut bulan kata ler gaji RM3000 sebulan
- sehari cuma RM100
- kalo kira jam RM100/8 = 12.50
- kata ler gaji mereka dah tinggi - RM6000
- sejam RM12.50 x 2 = RM25 ajer
komen: 
- kalo bandingkan dengan ustaz yang saya sebut tadi itu dah dekat 10 kali ganda gaji cikgu atau pensyarah 
- takker lumayan tu
- tak bayo pun cukai 
- tapi mungkin mereka bayar zakat jer

Wak: Tapi ustaz tu kan pendakwah. Dia mengajak orang masuk syurga.

Man: Tak dinafikan wak. Kan mula tadi saya dah kata ini cuma borak kedai kopi. Tapi ustaz2 kena ler berhati2 dalam tutur kata budi bahasa tingkah laku dan segala2. Tunjukkan ler prastasi yang baik. Kalo dapat biarler pendakwa tu cuba fikirkan cara untuk meramaikan umat islam pulak. Jadikan matlamat ustaz2 sebagai pasukan yang menentang iblis setan. Kerana iblis setan membawa ke neraka. Ustaz membawa ke syurga. Tak gitu wak!

Wak: Hmmmm.... Menyebarkan syiar islam. Iyer kita ni pun kan tak terbuat. Sepanjang hidup kita tak dapat pun kita mengislam bangsa2 lain. Kita cuma terkelip2 memandang mereka. Dengan hati elh itu kafir. Penghuni neraka. Dan dalam hati tak terlintas sekasli pun nak sayangkan mereka untuk menjadi kawan2 kita dalam syurga. Bunyi macam orang kedekut pulak!  

Man: Bila kita bercakap begini. Jangan ler pulak mereka2 diluar sana melompat2 menemplak kita pulak. Kan kita ni cuma bercakap kedai kopi. Pasal memang kita sendiri pun tak terbuat untuk menyebarkan islam iyer wak!

Wak: Hmmm... kehidupan. Kalo begitu. Standard kita ini hanya setakat memperbanyakkan kebaikan antara anak cucu Adam. Mudah2an Allah mempermudahan urusan hidup kita. 

خلص

استغفر الله العظيم

لا حول ولا قوة إلا بالله

Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

السلام عليكم

Man: وعليكم السلام

241212