Aperture ... lagi?

 
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
Aperture
 
Mari kita ulangi semula apakah makna aperture?
 
Aperture dikaitkan dengan fotografi. 
Ia menunjukkan status bukaan lens. Rujuk rajah dibawah.
 
 
Rajah ini menunjukkan keadaan bukaan lens pada satu2 f. Biasanya, kita hanya diingatkan dengan mengatakan:
- f/2.8 dikatakan aperture kamera terbuka besar
- kalau f/22 pula, keadaan bukaannya makin mengecil
 
Jadi kali ini mari kita cuba kaitkan aperture dengan kaedah matematik pula. Mudah2an kita ingat!
 
Contoh:
Katakan sebuah lens diakui bahawa f-nya adalah f/1.8. Dan pengeluarannya juga bangga mengatakan - oh ini lens pantas [fast lens]. Maksudnya lens ini masih dapat mengambil gambar dalam keadaan cuaca yang gelap! 
 
Ok sekarang kita kaitkan dengan kaedah matematic pula.
 
- f/1.8 sebenarnya nombor faktor atau pecahan dari luas keseluruhan lens
 
jadi 
 
- f = faktor pecahan keseluruhan lens. ...sebagai ingatan saja ok!
 
yang penting ialah
 
f/1.8 = 1/1.8
= 0.56
 
Jadi maknanya aperture atau lens akan terbuka sehabis besar adalah sebanyak 0.56 dari luas keseluruhan lens. Eleh cuba separuh aje dari lens sahaja...
 
Kalau susah nak ingat, ambillah apa2 f sekali pun kemudian dapatkan apakah nilainya dalam matematik. 
 
Lihat:
- kalau f/2
 
kita buatkan formula matematik dan dapatkan jawapannya:
 
1/2 = 0.5 [ini baru betul2 setengah]
 
Kesimpulan.
- Lens dengan aperture serendah f/2.8 tak pernah harga murah
- lens murah selalunya aperturenya sudah melebihi f/4.5
 
Kemudian! Apakah sebenarnya kesan aperture pada gambar?
 
 
Gambar kiri diambil dengan aperture rendah sekitar f/1.8
gambar disebelah kanan pula diambil dengan aperturenya sudah melebihi f/16 dan keatas...
 
الله اعلم بالصواب
Categories: