Arus dan saiz dawai

Man: 
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu semua]
 
Wak: وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu semua jualah keselamatan]
 
Man: Wak! Kali ini saya nak minta wak check-kan apa yang saya nak cakap ni.
 
Wak: Insyaallah
 
Man: 
 
P = v i
 
p = power, unit dia watt
v = volt iaitu voltan
i = ampere, iaitu arus elektrik
 
Wak: Ok
 
Man: Sekarang kita masukkan nombor
 
Kalau kita ada bateri 12 volt dan kita pasang lampu 100watt. Kita kena cari ampere atau arus elektrik yang disedut oleh lampu. Jadi masukkan dalam formula tadi.
 
100watt = 12v x i
 
jadi
 
i= 100watt / 12v
i= 8.3 amp
 
Ok wak?
 
Wak: Engko yang buat kira2. Aku dengo je.
 
Man: Sekarang katakan lampu ini tadi boleh dipasangkan pada electrik rumah. Jadi kita kena cari berapa amp atau arus yang disedut oleh lampu tu.
 
Jadi kita masukkan lagi data tadi dalam formula yang sama.
 
100watt = 240v x i
 
jadi
 
i = 100watt / 240v
i = 0.4amp
 
Ok?
 
Wak: OK. Jadi apa yang engko dapat?
 
Man: Dalam kira2 ini, saya nampak: dalam keadaan watt yang sama kita dapati
 
1. jika watt dikekalkan
2. kita naikkan voltage maka arus akan mengecil
 
Jadi apakah perkara yang kita boleh buat kesimpulannya wak?
 
Wak: Bila arus mengecil maknanya dawai yang kita akan gunakan berkadar mengikut arus itu juga. 
 
- arus kecil dawai pun saiz kecil 
- arus beso dawai mesti saiz besar
 
Man: Kalo gitu saya rasa 
 
- saya nak pakai inverter sahaja le dalam kereta. Sebab dengan voltage 240v kita boleh pakai dawai kecil je. 
- lagi pun barang2 dalam 240volt pun banyak juga. mmmm
 
Wak: Ok juga. Tapi ingat bila voltage dah naik bahaya oooo. Sama le bahaya macam elektrik dalam rumah. Jadi berjaga2. Keselamatan kena jaga betul2. Kalau tidak inyaya ooo.
 
Ya Allah sesungguhnya dan sememangnya engkau ini cukup hebat. Segala2 yang kau jadikan itu ada pertalian diantara satu sama lain. Jika engkau tidak adakan perkara seperti elektrik, sesungguhnya kami akan tinggal bodoh selama2nya dan tidak boleh membuat apa2 yang berteknologi.
 
الله اعلم بالصواب
Categories: