asal balik usul
Submitted by tokchuk on Mon, 09/06/2021 - 22:21
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا - ahlan
Man: اهلًا بِك - ahlan bik - Yaa Wak!
Wak! Tahukah wak tentang kerajaan kita sekarang?
Wak: Tahu apa engko?
Man: Hari itu. Masa Mahyiddin PM. Orang ramai kata -Kerajaan Gagal-!
Wak: Habis kan dah jatuh!
Man: Ye! Naik TPM. Tengok2 menterinya. Orang2 itu juga. Apa maknanya tu wak.
Wak: Sama le tu. Asal balik usul. Cuma PM orang lain.
Man: Habis masing2 nak jaga periuk nasi mereka wak.
Wak: Habis! Rakyat pulak! Tak nak jaga periuk nasi mereka ke?
Man: Menteri kata: "Apa peduli! Asal aku kenyang. Lantak le rakyat. Siapa suruh pilih aku dulu."
Wak: Habis dulu dah mengatal. Pilih aku. Pilihan terbaik. Rakyat terbela. Rupanya: "Pergi mampos rakyat!"
Man: Ini le dunia yang penuh dengan putar belit.
Wak: Kalo tak iblis setan yang hasut. Aman le dunia. Maka tak ada le cerita -neraka-.
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر
- Allah amat besar
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi
Categories:
