AUTO pada kamera
Submitted by tokchuk on Sat, 11/02/2013 - 15:32
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]

Auto
Sekarang ini, tahulah kita bahawa kamera mempunyai 3 elemen penting:
- ISO
- shutter speed
- aperture
untuk menangkap gambar yang baik pada exposure-nya atau teknikalnya sahaja.
Kebetulan pada zaman digital ini, semua kamera tak kira brand, tak kira level, pro atau yang PnS sekali pun, sudah menjadi begitu mudah. Perkara teknikal dengan 3 elemen tadi sudah diambil alih oleh kamera jika disetkan pada:
Auto
Apabila AUTO telah melepaskan 3 elemen dari kita, mengambil gambar bertambah mudah:
- arahkan kamera pada subjek
- tekan shutter perlahan2
-- kamera memfocus
-- shutter terbuka
- siap
Habislah masalah!
Hanya yang kamera tidak dapat membantu ialah memberi nilai seni yang baik. Ini kenalah buat atau karang sendiri!
Kesimpulan
Dalam banyak keadaan pada semua kamera zaman ini, jika tidak mahu banyak fikir tentang teknikal
- set sahaja pada AUTO dan tekan shutter
- hal seni lain cerita, kena buat sendiri!
والله اعلم
Categories:
