Bahasa arab 104 - fe3el mudhari3

Man: 
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
اهلا وسهلا
 
Man: مرحبًا
 
Wak: كيف حالك؟
 
Man: الحمد لله! انا بخير! وانت؟
 
Wak: الحمدلله تمام. شكرا
 
فُرْصَة سَعِيْدَة
 
Man: تَشَرِّفْنْا
 
Wak: حسنًا
 
Dulu kita kata fe3el mudhari3 didatangkan  dari fe3el madi [past tense] dengan formula '5 in the pocket' Jadi kalo kita ada
 
فَتَحَ   - يَفْتَحُ
 
Man:
 
هو  - يَفْتَحُ
 
هى  - تَفْتَحُ
 
انتَ - تَفْتَحُ
 
انا - اَفْتَحُ
 
نحن - نَفْتَحُ
 
Wak: أنا أَكْتُبُ الدَّرْسَ
 
= aku sedang menulis pelajaran
 
- Dalam ayat ini "ana" boleh ditinggalkan kalo nak. Sebab pada
 
أَكْتُبُ
 
kita dah nampak ada "alif" didepannya. Ini menunjukkan pembuat kerja itu adalah "aku"
- kemudian kita kena ingatkan dalam hati perbuatan "menulis" jika diadakan objek. Seperti kita tertanya "menulis apa?". Menulis "dars". Maka buntut "dars" mesti bariskan diatas.
 
Man: Ok... Kita kena ingat. Bila sesuatu "perbuatan" disambungkan dengan objek. Atau ada pertanyaan " [kerja....] apa?". 
Macam "makan apa?". 
Jadi kalo kita katakan "makan nasi". Maka "nasi" dalam bahasa arablah, mesti diakhiri dengan baris atas.  
 
Wak: Jadi kali ini aku nak tambah satu perkara baru...
 
Man: hmmm....
 
Wak: Kita nampak bahawa 
 
أَكْتُبُ
dalam keadaan ori-nya maka kita boleh juga cakap:
fe3el mudhari3 ini dalam keadaan rafa3
- sebut rafa3
 
Man: rafa3
- apa benda ni wak?
 
Wak: Makna rafa3 asalnya ditinggikan. Tapi dalam nahu arab rafa3 tu maknanya fe3el mudhari3 itu berbaris depan. Atau dala keadaan ori-nya
 
Man: Ok. Apa yang saya faham.... contoh
 
تَفْتَحُ
= enko sedang membuka
 
تَفْتَحُ البابَ
= engko [seaorang jantan] sedang membuka pintu
atau
= dia [seorang perempuan] sedang membuka pintu
rujuk 5 in the pocket!
 
kemudian dalam kes ini 
- "albab" adalah objek pada perbuatan [taftahu]. Maka ia mesti diakhiri dengan baris atas.
- dan 
 
تَفْتَحُ
adalah fe3el mudhari3 dalam keadaan rafa3....
 
Amacam ni wak?
 
Wak: Eleh boleh-lah tu...
 
Ya Allah terangkanlah hati kami dalam pelajaran. Dan janganlah kau susahkan kami dalam belajar Ya Allah...
 
بسم الله توكلتُ على الله
 
الله اعلم بالصواب
Categories: