bahasa arab 106 - مرفوع - منصوب - مجرور
Submitted by tokchuk on Sat, 09/03/2016 - 15:34
Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Boleh wak ulang sekali lagi tentang marfu3, mansub dan majrur!
Wak: Ok kalo tak silap aku Isim akan mengalami 3 perkara itu. Aku datangkan contoh dari ustaz keling ya.....
محمدٌ رسولُ اللهِ
ok cuba engko cerita!
Man: mmmm.....
muhammad > marfu3
rasullahi > mudaf/mudafu ilaihi
pada allahi: akhir perkataan ke-2 dibariskan bawah. Maka jadilah majrur kerana ini undang2 mudaf/mudaf ilaihi
Wak: حسنًا
tengok ini pula....
اشهدُ انّ محمدًا عبدُهُ ورسولُهُ
ok baca dan ceritakan
Man: mmmm....
ash hadu: oh oh ini "aku naik saksi..." Jadi ini fe3el mudari3 - marfu3 ni...
muhammadan > oh oo tadi muhammadun sekarang dah muhammadan..... nanti saya fikir....
dulu kita dah lalu perkataan "anna". Oh lepas perkataan "anna" perkataan selepasnya iaitu isim. Isim ini mesti dimansubkan.
abduhu...rasuluhu... ooo... ini lagi-le mudaf/mudaf ilaihi....
Wak: mmm... eh aku ada cakap pasal isim digabungkan dangan damir jadi mudaf/mudaf ilahi.... ok tak apa-le. Ok ini pulak:
اللّهمّ صلِّ على محمدٍ
ok cakap!
Man: mmmm. ini selawat kan! Tak apa..... Kali ini
Muhammadin - baris bawah. Ini majrur. Sebab sebelum Muhammad ada huruf jar...
Kesimpulan:
Muhammad - boleh jadi marfu3, mansub dan majrur dengan sebab2nya.
Wak: mmm.... memang.. patut aku cakap pada engko hanya tengok pada isim sahaja
Maka isim boleh berkeadaan
- marfu3 ... ini dalam kes biasa
- mansub ... bila sesuatu yang dikatakan amil mansub
- majrur ... bila ada jar dihadapannya....
Nanti benda ini kita ulang2kan sepanjang pelajaran kita ye....
Secara ringkas aje aku katakan fe3el mudhari3 [present tense] akan berada pada
- marfu3
- mansub
- jazam
perkara ini akan kita tinjau dalam kes fe3el mudhari3. Maknanya kita masih banyak lagi nak cerita dalam kes fe3el ye....
Man: Wah... dah bertambah payah ye wak! Ya Allah permudahkanlah kami ini ya Allah...
Wak: Ye kita jalan slow2-le. Ya Allah jangan-le engkau confuse-kan kami....
Tapi setakat ini kita tangkap je dulu yang 3 bagi isim dulu.
Ia-itu isim boleh diubah2 dari:
- marfu3
jadi
- majrur mesti ada jar didepannya
jadi
- mansub kena tengok ada agent/amil yang mendahuluinya....
hafal ini dulu ye....
Man: Ok
Wak:
Ya Allah dalam belajar ini sesungguhnya kami mahu pertolonganmu sungguh2. Maka terangkan hati kami. Janganlah kau biarkan kami dalam keraguan dan kejahilan. Dan janganlah kau biarkan kami dalam kealfaan dan lupa. Berilah kami faham akan pelajaran yang baik ini....
بسم الله توكلتُ على الله
الله اعلم بالصواب
Categories:
