Bahasa arab - 121 - [2] حرف جر
Submitted by tokchuk on Thu, 03/09/2017 - 22:45
Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Hari itu kita cerita pasal: "jar" + "ana"
Kali ini mari kita tengok pasal: "jar" + " third person"
Man: 3rd person tu:
- huwa > hu
- hiya > ha-
- hum > hum ... juga
- hunna > hunna... juga
Wak: Ohh... yang kita akan tinggalkan ialah bagi: hiya > ha-
pasal:
في + هي = فيها
من + هي = منها
jadi dalam apa2 kes pun "ha-" panjang yang menenggek "huruf jar" sentiasa seperti itu tak berubah.
Man: Ok wak!
Wak: Tapi tengok!
الى + هو = اليهِ
tengok ni "ilaihi". Dah "ha" berbaris bawah, kasrah.
في + هو = فيهِ
sekali lagi "fihi". "ha" berbaris bawah, kasrah
في + هُمْ = فيهِمْ
hah ini pun "ha: kena biris bawah - "fihim"
على + هُنَّ = علَيْهِنَّ
'ha' pada asalnya "hunna" dah berubah " hinna"
Jadi kesimpulannya apabila "jar" bersambung dengan 'dhamir' 3rd person. "ha" akan berbaris bawah, kasrah.
Man: Ok
Wak: Kemudian cuba perhatikan dalam kes diatas tadi:
- pada الى، على
- maka bila 2 "jar" ini bersambung dengan "dhamir" ia menjadi: الَيْـــــ ، علَيـْـــ
- iaitu "ya" datang. Tapi sebelumnya berbaris atas, fathah.
Man: Hmmmm....
Wak: Sekarang kita pergi pada : لِــــ
pada "ana" tak ada problem: لِــــ + انا = لي > "li-" aku punya!
Tapi yang lain. Jadi:
لِــــ + نحن = لَنا > "lana" bukan "lina"
لِــــ + هُمْ = لَهُمْ > lahum : sekali lagi "li" jadi "la"
Man: Hmmm... saya dengo jer ler....
Wak: Kemudian "li" bila bertemu "isim" definite seperti:
ل + الولد = للولد > disini "alif" hilang
ل + المدرسة = للمدرسة > hilangkan "alif"
ل + اله = لله > li + ilah = lillah
kemudian kalau "isim" bersambung terus pada perkataan yang bermula juga dengan "lam". Tengok contoh ini:
ل + لُغة = للُّغة > sambung je. tapi datang sabdu, shaddah
Ada apa2 engko nak tanya?
Man: Saya rasa mungkin kita kena tengok quran supaya kita nampak amacam "jar" campur "dhamir" ditulis dan amacam dibunyikan.
Wak: Ye itu yang sebaiknya. Pasal Allah dah tunjukkan amacam sebetulnya bahasa arab dibunyikan....
Ya Allah terangkan hati kami ini. Dan tolonglah engkau ingatkan balik apa2 yang telah kami terlupa. Hanya pada engkaulah kami berharap.
الله اعلم بالصواب
Categories:
