Bahasa arab - 18 sisipan
Submitted by tokchuk on Sun, 11/23/2014 - 17:39
Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
Wak: وعليكم السلام
Man: Kita masih lagi bertatih2 dengan bahasa arab iaitu bahasa al-quran. Sebelum kita lanjutkan lagi pelajaran, apakah rasa2nya pandangan wak tentang pelajaran kita ini. Dan ada apa nasihat wak?
Wak: Aku rasa walaupun kita selama ini leka dan dah jauh ketinggalan, tapi aku rasa, selagi ada nyawa, kita usahakan belajo juga. Dapat sikit2 pun tak apa le. Asalkan mungkin Allah akan consider kita dan dibaginya pahala. Mungkin dapat terlepas dari neraka.
Man: Gitu yang diharapkan. Neraka tu api yang takkan kita tertahan panasnya. Minta dijauhkan Allah.
Wak: Ok. Gini je le aku nasihatkan diri kita ni bila belajo bahasa arab:
1. Sebab kita tak ada siapa yang nak berlawan bercakap dalam bahasa arab, tapi kita tetap kena lancarkan lidah dengan perkataa2 arab. Jadi aku rasa baik juga dibaca quran hari2 tanpa miss.
2. Sambil itu baca le harfiyahnya hari2 juga, walupun sebaris dua. Mana tahu nanti lekat juga perkataan yang berulang2 tu
3. bila ada masa baru le kita belajo bahasa arab yang mana patut.
Man: Ok nampaknya kita kena ruangkan masa:
1. yang 10% beribadah sehari semalam
2. yang wak katakan ini - belajo bahasa arab
mmm. Nampaknya kena tokoklah masa 10% untuk sembahyang dan ditambah pula dengan 3 perkara yang baru ini. mmmm
Wak: Buat le selagi badan masih sihat, masa masih lapang. Kita cuba usahakan....
Ya Allah berilah kami ini kekuatan dan kuatkanlah ingatan kami, lembutkan lidah kami dalam mempelajari al-quran dan bahasanya. Kirakanlah ini sebagai usaha bertaqwa kepadamu ya Allah. Dan jadikan usaha ini juga sebagai catalyst perbuatan dan ikutan bagi sekelian kaum kerabat kami ya allah ya rabbal alamin....
الله اعلم بالصواب
Categories:
