Bahasa arab 3: ulangan dan latihan
Submitted by tokchuk on Fri, 06/13/2014 - 18:52
Man: بسم الله
Wak: بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
Man: السلام عليكم
Wak: وعليكم السلام
Man: Amacam kita sambung lagi cerita bahasa arab?
Wak: OK
- setakat ini apa yang kita sudah tahu?
Man:
- isim + sifat, jadi phrase
- maksudnya kedua isim dan sifat itu mesti indefinite.
- indefinite tu maknanya: tak ada "alif-lam" dihadapa satu2 perkataan itu
ok saya nak tanya wak
budak - apa dalam bahasa arab?
Wak:
ٌوَلَد
- walad, seorang budak jantan / a boy
Man: Ok
walad
gemuk pula apa?
Wak:
ٌسَمِيْن
- sami-n: gemuk
Man: jadi saya buat phrase dia jadilah
ٌوَلَدٌ سَمِيْن
- walad sami-n = seorang budak gemuk / a fat boy
ok amacam?
Wak: Bagus!
tapi aku nak tambah sikit.
kalau ustaz2 yang ajo dia sebut
ٌوَلَدٌ سَمِيْن
waladun sami-nun
dengan setiap akhir kata dibunyikan tanwinnya.
Man: Hai. Apasal itu macam o wak? semua huruf berbunyi sampai ke akhir perkataan!
Wak: Itu kaedah aslinya. Tapi kalo arab, apabila perkataan itu dimatikan, macam bila kita baca quran, huruf akhir biasanya dimatikan. Jadi kalo nak tahu macam mana arab cakap kena le dengo pertuturan arab yang asli. Baru le sedap telinga dengo. Dan arab pun tak ketawa golek2 dengo kita cakap yang setiap huruf ada baris sampai kehabis. Macam membaca muqaddam je bunyi!
Ya terangkan hati kami ya allah
الله اعلم بالصواب
Categories:
