Bahasa arab 34 - جُمْلَةٌ فِعْلِيَّةٌ

Man: 
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
Man: Sebelum wak sambung tentang fi3il lagi. Saya nak  sebut, wak check ye!
 
Wak: Jalan...
 
Man: 
 
1. Dalam fi3il dah ada fa-il/pelaku -nya
 
contoh
a.
 
رَجَعَ
- raja3a = dia dah balik/he returned
pelaku: huwa
jadi kalo kita cakap:
 
رَجَعَ مِنْ الهِنْدِ
- dia dah balik dari India/ he returned from India
pelaku: huwa mustatir
 
Wak: Boleh le ini
 
Man: satu perkara yang saya kena ingat ialah: 
 
a. apabila kita diberi satu fi3il dalam past tense kita mesti ingat
-- itu asas segala fi3il
-- pelaku: huwa [dia, seorang lelaki] imbeded
 
b. kemudian saya kena hafal jika disambung pula fi3il past tense ini dengan:
 
ــَــتْ
ta mati diakhir kalimah itu.
-- ini maknanya pelaku: dia seorang perempuan, hiya mustatir
 
رَجَعَتْ مِنْ السُّوقِ
- raja3at minal su-k = dia telah kembali dari pasar/ she returned from the market
-- pelaku: hiya [seorang perempuan] tersembunyi
 
c. kemudian saya ingat ta, ti, tu
-- bila fi3il past tense akhirnya disambungkan denga TA
-- pelaku: engkau jantan, anta
 
-- bila diakhiri dengan KI
-- pelaku: engkau betina, anti
 
-- bila diakhiri dengan TU
-- palaku: aku ana
 
kesemuanya ada lima orang pelaku dalam singular yang telah saya sebut. Amacam wak?
 
Wak: Alhamdulillah. Ada lagi yang ko nak tambah?
 
Man: Ya. Kaedah tadi bila kita gambungkan 
- 2 kata jadi 1 perkataan baru.
 
malah ada satu lagi kaedah:
- setelah 2 kata tadi telah digabungkan, maka jika tambah satu lagi ganti-nama/pronoun/damir
-- maka jadilah ia gabungan 3 kata menjadi 1 perkataan baru jadilah ia ayat i kalimah yang asalnya 3.
 
شَرِبَتْهَا
- sharibatha- = dia seorang perempuan telah minum-"nya"
pelaku: seorang perempuan. hiya
yang kena makan: benda "betina"
 
hoho. Idea ini le yang payah sikit le wak. Tapi nak kata apa. Dah pesen arab macam tu!
 
Wak: Sekarang mari kita lihat sebab ke-3 dalam misteri jumlah fi3liah!
 
ذَهَبَ سَعِيْدٌ
 
ذَهَبَ الصَّديقانِ
 
ذهب الرِجَالُ
- zahaba sa3i-d = said sudah pergi /said went
- zahabas sadi-qa-ni = the two friends went
- zahabal rija-li = The men [many] went
 
Satu perkara pelik tapi penting disini ialah:
- bila fi3il memulakan ayat ia mesti
-- kekal singular past tense
-- walaupun pelakunya: 2 atau ramai
 
ذَهَبَتْ البِنْتُ
 
ذَهَبَتْ البِنْتانِ
 
ذهبتْ الرِجَالُ
- zahabatil bintu = telah pergi the girl
- zahabatil binta-ni = 2 budak perempuan telah pergi
- zahabatil bana-tu = ramai budak perempuan telah pergi
 
Ini kes bagi betina. Pun sama keadaannya juga: 
- fi3il dihadapan yang memulakan ayat mesti singular/mufrad.
 
dan akhir sekali.
 
نَبَحَتْ الكِلابُ على السَّارقِ
- nabahatil kila-bu alas sa-riq = the dogs barked at the robber
 
Disini, jika pelakunya "binatang" lebih dari 1 atau ramai atau sesuatu yang tak berakal lebih dar satu, mesti dimulai dengan fi3il betina singular. Perkara ini lagi pelik! Tapi itu hakikat bahasa arab.
 
Boleh?
 
Man: Insyaallah. Ya Allah kuatkanlah ingat kami ya allah.
 
Wak: Ok sebelum kita berenti kali ini buat exercise ini:
 
- وصل - 
- wasal = he arrived
 
البِنْتُ الى مَدينَةِ....
the girl [arrived] at the town
pelaku: albintu
 
Man: 
 
وَصَلَتْ البِنْتُ الى مَدينَةِ
 
وَصَلَتْ
- telah sampai the girl
- pelaku: البِنْتُ
 
Wak:
 
- أَكَلَ  -
dia telah makan / he ate
 
الوَلَدُ الخُبْزَ .....
the boy ate the bread
 
Man: ini senang wak tak payah buat apa2
 
أَكَلَ الوَلَدُ الخُبْزَ
 
- pelaku: الوَلَدُ
 
Wak: Bagus. Tapi perhati baik2 pada الخُبْزَ
baris akhirnya mesti baris atas. Pasal? Undang2 arab. Kita tanya makan apa? الخُبْزَ
ini benda yang kena makan.
 
Cuma ingat.  Jika perbuatan itu ditambah dengan sesuatu yang kena buat maka ia kena baris atas. Tak apa kita ulang kemudian nanti.
 
Ya allah terangkan hati kami dan kuatkanlah ingatan kami. Janganlah pula selepas itu kau hapuskan ingatan kami sehingga kami jatuh kedalam keadaan yang serendah2nya.... 
 
الله اعلم بالصواب
Categories: