Bahasa Arab Permulaan 240
Submitted by tokchuk on Thu, 08/26/2021 - 17:40
Man: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا - ahlan
Man: اهلًا بِك - ahlan bik - Ya Wak!
Wak: طيب - tayib.
Lepas kita tengok ayat fe' liyah. Sekarang giliran ayat ismiyah pulak
Man: Emphasis pada ayat ismiyah - nominal sentence pulak.
Wak: Untuk ini aku ambik dulu ayat quran:

- dan sesungguhnya mereka - benar2 dalam - keraguan - daripadanya - kebimbangan -
tafsirnya:
dan Sesungguhnya mereka masih menaruh perasaan ragu-ragu tentang (kebenaran Al-Quran) itu.
Man: Jap wak!
Wak: Ye!
Man: Ayat ismiyah = subjek + prediket
mula2 subjek:
هم - hum - ini memang definite
tapi dah datang tukang emphasize - إنَّ -inna-
kemudian disatukan kalimah menjadi : إنَّهم - innahum
kemudian.
prediket bermula dari: لَفِي شَكٍّ منه مريب
sebutan -la- dah bertenggek pada -fii-
- maka jadi le dia ni satu lagi tukang emphasize
- kali ini pada prediket
maka keseluruhan ayat ini. Subjek dan prediket dah ada tukang -emphasize- sendiri2.
aduuuh... hebatnya dan peningnya!
Wak: -la- tu datang selepas -inna- datang!
- kan bila kita baca. Bunyinya. Sedap telinga dengo
- dah le sedap dengo
- maknanya hah jaga2. Ada tekanan telah berlaku!
سبحان الله - subhaanal laah!
Man: سبحان الله
Wak: طيب - taiyib
Kita tengok dalam Surah Yusuf pulak

-sesungguhnya - bapa kami - sungguh didalam - kesesatan - nyata -
tafsirnya:
Sesungguhnya bapa kami adalah Dalam keadaan tidak adil Yang nyata
Ambil perhatian ye!
Man: Apa dia wak?
Wak: Sedikit pengajaran!
Dalam ayat ini Allah bayangkan.
Betapa akan jadi. Kalo seseorang tu ada 2 bini. Mesti akan datang permusuhan antara anak2 ibu no 1 dengan anak2 ibu no 2!
Jadi. Hati2 le bila engko nak berkahwin dua. Sebaik2nya. Elakkan kalo engko tak nak tengok anak2 berpuak2.
Man: Eleh wak. Yang dalam satu ibu pun. Ada yang bermusuh2 juga wak. Nak heran amacam wak.
Allah pun dan tunjukkan. Itu yang berlaku pada anak Nabi Adam. Habil dan Qabil.
Kesimpulannya. Iblis dan setan itu le yang mengasut anak Adam!
Wak: حسنا - hasanan
Kalo engko dah tahu. الحمدلله
Cuba wak check ayat ini pulak. Betul ke tak?
إنها حزينة جدا - innahaa haziinah jiddan
Man: إنها حزينة جدا - innahaa haziinah jiddan
- sesungguhnya hiya telah sedih giler
- pasal boifren-nya dah lari! Hahaha...
- hah. bunyi macam ok je wak
Wak: Mana kalimah yang mansuub?
Man: Patutnya -haa- tu le yang mansuub - ber-ending dengan baris atas.
- tapi dia ni pronoun.
- jangan usik.
- semua -damiir- power giler ooo...
Wak: طيب - taiyib
cukup le untuk hari ini ye
pasal aku rasa engko dah nampak!
خلص - khalas
Man: Ye wak شكرا - wak
Wak: عفوا
إن شاء الله
jumpa lagi esok
Man: إن شاء الله - wak
Wak: اللهم يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير
- allaah humma yasir wa laa tu'assir rabbii tammim bikhair
إلى اللقاءِ
= hingga bertemu lagi
Man: في أمان الله - fii amaanil laah - semoga dalam jagaan Allaah
Wak: استغفر الله العظيم
= aku mohon ampun dari Allaah yang agung
لا حول ولا قوة الا بالله العظيم
= tiada satu apa pun kekuatan disekeliling melainkan hanya Allaah yang maha besar
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
= wahai tuhan kami berilah pada kami di dunia kebajikan dan di akhirat juga kebajikan dan lindungilah kami daripada 'azab api neraka
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
26/8/21
updated version: https://dinobytes.info/v2/node/3219
Categories:
