Bahasa arab permulaan 413
Man: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا [ahlan]
Man: اهلًا بِك [ahlan bik] - Ya Wak!
Wak: طيب [tayyib] نبدأ [nabdak]
في الامس [fil ams] kita dah mula membuat تمرين [tamriin - exercise] pasal مثنى [muthannaa] dual
Masih engko ingat tak. Tips yang penting tu?
Man: إن شاء الله wak
Rasa2nya. Baik saya pegang saja pada rajah ini:
Wak: Iyer cari ler apa2 cara pun. Asal engko boleh ingat tentang benda ini.
اليوم [alyaum] Bio ler تمرين [tamriin] ini jadi yang last sekali dalam bab مثنى [muthannaa] - dual iyer!
Man: الحمدلله [alhamduliilaah]
Wak: Iyer buat ini pulak: فتش الموظّف الراكب الغادر [fatashal muazzaf alraakib alghaadir]
فتش [fatasha] dia telah memeriksa
الموظّف [almuwazzaf] the pegawai
الراكب [arraakib] penumpang / passenger
الغادر [alghaadir] orang yang berlepas
Susun balik apa yang sebut. Dan jadikan dual pada mana2 perkataan yang patut
Man: Wow! Nasib baik wak dah bagi makna pada setiap perkataan. Mudah ler saya ni.
Start : فتش الموظّف الراكب الغادر [fatashal muazzaf alraakib alghaadir]
- he inspected / the officer / the passenger / the departing
- the officer inspected the departing passenger
Seperti biasa:
- tengok dulu ada tak pembuatnya yang jelas? Ada - الموظّف [almuazzaf]
- maka فتش [fatasha] jangan usik
- jadi semua perkataan selepas itu boleh didualkan melainkan fe'el yang duduk didepan sekali!
فتش الموظّفانِ (الراكبانِ الغادران)
dua nouns yang dalam bracket itu - kena tukar untuk disesuaikan dengan keadaan "mansuub"nya untuk dual
فتش الموظّفانِ الراكبَيْنِ الغادرَيْنِ [fatashal muazzafaan arraakibaiyin alghaadiraiyin]
- the two officers searched the two departing passengers
خلص [khalas] wak
Wak: Iyer.... خلص [khalas] ايوة [aiwah - iyer] kita jumpa semula غدا [ghadan]
Man: شكرا جزيلا [shukran jaziilan] wak.
Wak: عفوا [afwan] اشوفك غدا [ashuufak ghadan]
إلى اللقاءِ
- hingga bertemu lagi
Man: في أمان الله - fii amaanil laah - semoga dalam jagaan Allaah
Wak: استغفر الله العظيم
- aku mohon ampun dari Allaah yang agung
لا حول ولا قوة الا بالله العظيم
- tiada satu apa pun kekuatan disekeliling melainkan hanya Allaah yang maha besar
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
- wahai tuhan kami berilah pada kami di dunia kebajikan dan di akhirat juga kebajikan dan lindungilah kami daripada 'azab api neraka
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
Siri 230129
updated version: https://dinobytes.info/v2/node/3219
