Bahasa arab permulaan 486

Man:  أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

اهلًا [ahlan]

Man: اهلًا بِك [ahlan bik] - Ya Wak!

Wak: نعم [na'am = iyer] mari kita tengok ini dulu : 

عَرَفَ - يَعْرِفُ 
- a'rafa - ya'rifu
- melayu kata "arif" atau "tahu"!

الآن [al aan] cuba siapkan table yang engko dah mahir setakat ini!

Man: Waaaah wak.... الآن [al aan] wak dah mengganas ni! Ampuuun.... wak! Dah naik buntu benak saya ni wak!

Wak: Cuba2 ler menguit sikit2 dulu. Mana tau boleh!

Man: Mmmm... mungkinkah ini tablenya yang wak nak tu?

insert
Table "a'rafa - ya'rifu"

Amacam wak! Boleh pakai ker ini wak?

Wak: نعم [na'am = iyer] gitu ler engko! Selalu kita kena ingatkan dalam hati betul2 benda itu. Supaya kita dapat membezakan tentang keadaan masing2.

أنا أعرف اللغة الإنجليزية [ana a'riful lughatal injiliiziyah]

atau أعرف اللغة الإنجليزية [a'riful lughatal injiliiziyah]
- kita buang ajer "ana" - pasal dalam kata "a'rif" tu - dah memang ada pun "ana"

Man: أعرف اللغة الإنجليزية [a'riful lughatal injliiziyah] 
- saya arif [dalam] bahasa inggeris
- "allughat" mesti akhir hurufnya baris atas
- gitu juga "alinjiliiziyah" pun sama

Wak: Mulai الآن [al aan] mari kita pakai perkataan منصوب [mansuub] pada setiap perkataan yang huruf akhirnya berbaris atas. Kita nak jimatkan kata2 iyer! OK! هل أنت طيب [hal anta taiyib?]

Man: Ok wak ! منصوب [mansuub] - ending berbaris atas

Wak: طيب [taiyib = ok] pada kata أَعْرِفُ [a'rifu - aku arif] kata ler sebagai contoh. Ingat ini dalam present tense. الآن [al aan] kita boleh "menidak"kan ia dengan cuma membubuh لا [laa = tidak] didepannya. Seperti :

لا أعرف اللغة الإنجليزية
- laa a'riful lughatal injiliiziyah

Man: Untuk bahasa orang putih - alhamdulilah reti ler saya sikit2 wak tapi ....

لا أعرف اللغة العربية
- laa a'riful lughatal arabiyyah
- saya tak "arif" [tentang] bahasa arab
- keadaan "mansuub" berlaku pada "allughah" dan "alarabiyyah"
- gitu tak wak?

Wak: نعم [na'am = iyer]. Maka - اليوم [alyaum = hari ini ] mari aku datanglah tambahan pada "anti" dulu. Aku cuma nak tokok sikit ini jer dulu!

insert
Table yang ada sedikit tambahan pada "anti" ajer

Maka aku hendak engko tenung lama2 sampai kita jumpa semula.

Man: Hmmm... payah juga binatang ni wak!

Wak: لا باس [laa baas]. Aku mintak engko tenung binatang ini lama2 dulu sampai muak!

خلص [khalas]

Man: Lega wak! شكرا [shukran] wak.

Wak: عفوا ['afwan]

تمام [tamaam]

إلى اللقاءِ 
- hingga bertemu lagi

Man: في أمان الله - fii amaanil laah - semoga dalam jagaan Allaah

Wak: استغفر الله العظيم
- aku mohon ampun dari Allaah yang agung

لا حول ولا قوة الا بالله العظيم
- tiada satu apa pun kekuatan disekeliling melainkan hanya Allaah yang maha besar

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار 
-  wahai tuhan kami berilah pada kami di dunia kebajikan dan di akhirat juga kebajikan dan lindungilah kami daripada 'azab api neraka 

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

Siri 240213
updated version: https://dinobytes.info/v2/node/3219

Categories: