Bahasa Arab Persediaan awal 101 - Kena disuap memanjang!

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
Hari ini. Mari kita bual kosong ajer.
 
Man: Saya ok ajer wak. Sebab otak tak buntu.
 
Wak: iyer! Sampai setakat ini. Aku rasa ler. Ramai orang mesti kata: "Bahasa arab ni susah bebeno!" 
 
Man: Memang - wak! Memang susah giler wak! Itu sebab ramai yang giveup!
Saya pun dulu2 gitu juga pun - wak. Pernah juga belajo sendiri2. Baca sana. Baca sini. Tengok sana - tengok sini. Dengo sana dengo sini. Akhir2nya giveup juga. Nasib wak datang - selamatkan keadaan saya.
 
Wak: Apasal jadi payah bebeno iye? Hmmm.... Aku rasa. Bukan apa - engko! Cuma engko belum terpaut padanya ajer. Belum tertarik. Belum terpikat. Itu jer. Habis kenapa bahasa orang puteh tu - masing2 tu mudah ajer boleh ikut?
 
Man: Nak terpikat wak! Mesti ada gadis cantek. Genit. Mengiurkan. 
 
Wak: Oh hoh!
 
Man: Gini wak! Kita nampak - wak! Sekarang ni. Dimana2 kita toleh pun. Bahasa orang puteh ni - senang ajer nak jumpa. Maka nak belajo broken pun - tak jadi hal. Itu sebab - ramai yang boleh ikut. Sikit2 pun kira OK.
 
Wak: Gini ajer ler engko! Mari kita tengok bahasa orang putih! Pasal apa bahasa orang puteh tu - ramai yang boleh tangkap. Dan bila mereka dah pandai - mereka asik ajer bercakap dalam bahasa itu memanjang. Siang malam. Berkelumang dengannya. Entah2 mimpi pun dalam bahasa orang puteh juga! Esh esh esh.  Sementelah itu - TV. Radio. Lagu2. Hah - semuanya dalam bahasa orang puteh tu. Telinga pun asyik tak lepas. Asyik terdengor binatang itu ajer. Suasana penuh dengan bahasa itu memanjang!
 
Aku rasa. Itu ler poin yang kita dah tengok dan kita sadari setakat ini! 
 
Iyer. Jadi aku rasa ler. Cara amacam nak biakkan bahasa arab ialah :
- Oleh kerana kita dah berlambak ustaz dan ustazah. 
- Mereka pulak tu - dipastikan dah pulak selalu baca kitab. Kitab2 dalam bahasa arab pulak tu! Tak gitu?
- dan dicelah2 itu dah ramai pun yang dah balajo diluar negeri pun! 
 
Jadi pada aku. Mereka ini ler - yang sepatut gigih membiakkan bahasa arab. 
 
Man: Mmmm....
 
Wak: Tapi bila aku fikir2kan! Suka pada satu2 bahasa tu. Suka je - dengan tak belajo dengan sebaiknya. Takkan faham satu2 bahasa tu.
 
Sebab apa aku cakap gitu?
 
Man: Iyer. Sebabnya wak?
 
Wak: Kan kita nampak. Bukan sikit yang suka filem Hindustan!
Paham ke mereka nak bercakap bahasa Hindustan tu? Tengok filem kalo tak ada subtitle boleh ke?
 
Man: Sepatah dua tu. Boleh le wak. Tapi tak le semuanya wak.
 
Wak: Yang sepatah dua itu... Sebab dah tengok selalu. Dia cigakan. Hah! kata2 ini - rasa2nya - ini maknanya.
Memang le. Tapi mereka tetap tak tahu lebih mendalam lagi. Kena belajo ouk. Bukan main dengo2 aje.
 
Man: Ada poin tu.... ada poin tu...wak
 
Wak: Gini je le. Kalo aku boleh nasihatkan ustaz2 yang disekeliling kita ni!
- Apa kata: Sebelum mereka memulakan satu2 ceramah dimasjid2 atau disurau2 atau dimana2 sahaja 
- Cuba ler beri sikit nota2 ringkas untuk bahasa arab tu.
 
Kata le dia kata: وبالله التوفيق. والسلام عليكم
- wa billaahi taufiiq. was salaamualaikum
 
beri le sikit nota. Sehelai kertas pun tak apa. Sebab? Kita boleh mentelaah bila balik kerumah nanti.
 
Kesnya. Katakan le dia kena tulis semacam:
 
و - wa = dan
 
ب - bi = dengan
 
الله - allaah = Allah
 
التوفيق - attawfiiq = the taufiq
 
و - wa =dan 
 
السلام - as salaam = kesejahteraan
 
علي - 'ala - atas : tapi kena ler terangkan. Apasal ini dirapatkan dengan satu lagi suku-kata lain ...
 
كم - kum = mereka
 
Man: Hah macam ini yang berkenan akan start nak belajo kan wak?
 
Wak: Ini baru intro aje. Konon2 je. Lepas itu...terus menerus ler. Dari sorang ke sorang yang lain! 
 
Kan kita dah perasan kan! Ceramah ada dimana2 ajer. Pulak tu - hari2 ada.
kalo sorang intro-kan bahasa arab - yang lain ikut sama
Kalo dikumpulkan hari2. 
Hah! Dah berapa banyak tu kita dah boleh belajo! tak banyak - sikit! Tapi masing2 dah mula menguit!
 
Man: Bukan ajer ustaz2 tu aje yang dapat masuk syurga secepat kilat! Kita pun nak tumpang sekaki kan wak? Berdesup - masuk syurga dengan tak banyak soal-jawab. Macam kastam kita - yang beri kita laluan tanpa soal-jawab semasa orang2 balik dari umrah! Pasal? Konon nak menghormati orang2 yang membawa banyak pahala! Orang yang terpilih.
 
Wak: Itu le. Bajasa arab - bahasa ugama. Kalo tak di ajo. Aku risau. Kita main ikut2 saja pada ustaz2 yang sedap bercakap. Ugama yang original -kita tak tahu sebetulnya. Nak teroka sendiri dari kitab2 arab... tak terdaya! Pasal buta huruf pada bahasa asal! Kesian...kan dah jadi handicap ! Jadi ler masuk syurga dengan ihsan memanjang ajer.... Kalo ler malaikat tahan betul2. Terkebil2 kita wak. Terkencing2 kita - tak terjawab!
 
Fikir2kan le ye!
 
خلص - khalas
Aku ucapkan mari kita merangkak2 sama2. Mudah2an kita sama2 dapat masuk syurga berdesup - kerana terlepas dari halangan dari malaikat yang menyoal! 
 
Man: إن شاء الله  wak
 
Wak: إن شاء الله
Jika Allaah mengkehendaki
 
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
 
إلى اللقاء
- ke pertemuan lain/bye
 
22/11/21
Categories: