Bahasa arab persediaan awal - 125

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

حسنًا - hasanan
 
Man: نعم - Ye!

Wak: Mari kita ingat balik. 

Kita dah ada:

غدا - ghadan = esok

اليوم - alyaum = hari ini

و - wa

أمس - ams = semalam

Hmmm.... untuk:

غدا - ghadan = esok
aku dah selalu sebut perkataan ini semasa kita nak berenti kan?

حسنًا - hasanan

Untuk اليوم [alyaum]. Kata le kita nak sebut:

'hari ini' hari Jumaat

Mari kita rojakkan BM dengan BA seperti:

'hari ini' hari Jumaat

jadi bunyinya seperti:

اليوم [alyaum - hari ini] hari Jumaat

Man: Hohoho.

hari ini hari Jumaat

Jadi. Boleh le lita rojakkan seperti:

اليوم [alyaum -hari ini] hari Jumaat

Bagi hari Juma'at. Arab kata apa wak?

Wak: Untuk nama2 hari. Kita dah tahu bahawa bahasa arab dengan bahasa melayu seakan2 sama aje. 
Ye. Maka kita boleh cakalp:

اليوم [alyaum - hari ini] hari جُمُعَة [jumuah-jumaat]

Tapi untuk sekarang ni. Kita cuma nak fahamkan kegunaan 3 kalimah itu je dulu ye!

- esok - hari ini - semalam - itu dulu ye!

حسنًا - hasanan. Kalo:

اليوم [alyaum-hari ini]  hari جُمُعَة [ Jumuah-Jumaat]

غدا [ghadan-esok] hari apa ye?

Rojakkan!

Man: Kalo:   اليوم [alyaum - hari ini] hari جُمٌعَة [Jumuah-Jumaat]


soalannya:  غدا [ghadan-esok] itu hari apa? Ye:

غدا [ghadan - esok] hari Sabtu

Arab sebut "Sabtu" bunyi apa wak?

Wak: سَبْت - [sabt = sabtu]. Melayu je sambungkan bunyi sampai "sabtu"

Man: Ye! Saya ulang ye wak!

اليوم [alyaum = hari ini] hari  جُمٌعَة [Jumuah-Jumaat]

غدا [ghadan = esok] hari apa?


غدا [ghadan-esok] ialah hari سَبْت [sabt = Sabtu]

Bio saya tambah sikit lagi ye wak.

أمس [ams = semalam] hari apa?


jawabnya: أمس [ams = semalam] hari Khamis. Jap rojakkan!

أمس [ams = semalam] hari خَمِيْس [khamiis - Khamis].

Kesimpulannya:

 اليوم [alyaum- hari ini] kita tengah berlatih:

 

غدا - ghadan = esok 

اليوم - alyaum = hari ini 

أمس - ams = semalam

Wak: طيب - tayib

Ulang2 le kata2 arab tu sampai kita lancar. Jangan lupa maknanya sekali.

Jumpa lagi: غدا - ghadan = esok

إن شاء الله - 
Jika Allaah mengkehendaki


- kita jumpa lagi ye!

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
 
إلى اللقاء
- ke pertemuan lain/bye

11/2/22https://dinobytes.info/v2/content/bahasa-arab-persediaan-awal-himpunan-s...

Categories: