Bahasa arab persediaan awal 168
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
بِسْمِ الله و بِإِذْنِهِ
- bismillaah wa bi iznih
- dengan nama allah dan dengan izinnya
Aprisiasi kita kepada bahasa arab ini aku rasa aku nak tamatkan. Bio kita boleh mula belajo betul2 tentang bahasa arab yang sebeno ye!
Man: Kita dah hendak melangkah kedalam bahasa arab sebetulnya ye ke wak? Ini yang membuatkan saya naik seram sejuk wak. Gigil. Entah2. Boleh bawa ke tidak!
Wak: Jangan susah hati. Relaks. Kita buat slow2. إن شاء الله boleh le tu. Tapi sebetulnya aku belum lagi habis tentang "ayat" dalam bahasa arab ni.
Man: "Ayat" arab?
Wak: Ye. Arab kata "ayat" dia cuma ada dua jenis saja:
1. Ayat ismiyah
- ayat yang bermula dengan perkataan yang namanya -isim- = noun
2. Ayat fe'liyah
- ayat yang bermula dengan -fe 'el- perbuatan -verb-
-Ayat ismiyah- kita dah tengok secara sepintas lalu! Engko ingat ke tidak. No hal.
Kali ini mari kita tengok pulak pada -ayat fe'liyah-.
Man: Ye. -Ayat feliyah-.
- ayat yang distartkan dengan -verb-. Arab kata -fe 'el-. Yang orang melayu kata -kelaku- atau orang moden kata -perbuatan-
Wak: Kalo gitu tengok ayat ini:
خَلَقَ اللهُ الأَرْضَ
- khalaqal laahul ardh
- telah mencipta allah akan bumi
- god has created the earth
Kalo nak ikutkan. Arab menetapkan bahawa:
- -ayat fe' liyah- mesti bermula dengan -fe 'el- -verb-
- ia kemudian diikuti dengan -pembuat perbuatan itu- atau -tukang buat- atau arab kata -faa 'el-
- akhirnya. Ia mesti disudahi dengan -apa yang dibuat oleh pembuatnya itu?-
- ini arab kata -مفعول به - mafuul bih- atau boleh juga kita kata sebagai -objek- kepada perbuatan yang dibuat!-
Macam ayat tadi. Kita dapati:
خَلَقَ - khalaqa - telah dia membuat
- ini arab kata -fe 'el- pada ayat tersebut
اللهُ - allaah = allah
- ini le -yang jadi pembuatnya-
- arab namakan dia sebagai -faa 'el-
الأَرْضَ - al arrdh
- ini dia -benda yang dibuat oleh pembuat itu- yaitu dunia
- setengah orang kata ini sebagai -objeknya-
- atau apa yang arab akan kata sebagai - مفعول به - maf uul bih- atau -objek-
Cuba engko ulang apa yang engko faham ni?
Man: -Ayat fe'liyah- dibina dengan 3 ketul perkataan
1. -fe 'el- -verb-
2. -orang yang membuat kerja tu- atau -tukang buat-
3. -apa yang dibuatnya-
Wak! Tumpang tanya:
Kalo tak ingat term2 arab tu. Tak kan tak boleh wak?
Wak: Boleh. Kalo engko tak hafal pun. Apasal nak risau2? Tak usah. Jangan susahkan hati dengan yang tak tentu pasal. Term2 yang keluo tu hanya penting bagi orang yang mahu mendalami nahu arab! Atau orang yang nak tunjuk belang aje. Heheheh....
Man: Ohohoh!
Wak: Kalo gitu kita berenti dulu le engko.
Sambung ghadan - غدا
Man: Khalas - خلص
شكرا -syukran wak
Wak: عفوًا - afwan
Kita jumpa lagi غدا [ghadan - esok] ok?
Man: إن شاء الله [inshaa allaah] wak!
Wak: حسنًا [hasanan]
إن شاء الله [inshaa allaah]
Jika Allaah mengkehendaki
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء
- ke pertemuan lain/bye
26/7/22
