Bahasa Arab Persediaan awal 99 - Kita dah tahu pun!
Submitted by tokchuk on Mon, 11/01/2021 - 07:26
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Baik kita buat sedikit kajian.
Man: Tentang apa ye wak?
Wak: Kita ni kan berugama islam.
Man: Semua orang dah tahu pun wak. Orang melayu Malaysia. Boleh dikatakan semuanya Islam. Indon lain le.
Wak: Dan ugama islam tu pulak. Perlukan kita banyak berbahasa arab. Macam dalam sembahyang.
Man: Bahasa arab tu kan payah wak.
Wak: Tapi apasal boleh engko
- baca quran!
- boleh sembahyang lagi.
- banyak kata2 arab engko dah boleh hafal.
Man: Itu -parrot- je wak!
- rtinya! Habis. Entah kemana...
Wak: Apa2 pun. Maknanya.
- dari hari ini kita bertekad
- belajo sepatah dua pun tak apa.
- jadikan ia satu permulaan.
Man: Aduh malu le wak.
- dari kecik. Kita tak didedahkan dengan bahasa arab.
- dah beso. Liat le wak.
- benak!
Wak: Tak apa. Asal langkah pertama dah buat. Kalo mati pun dalam perjalanan itu. Kerana tak habis belajo. Tap apa.
- kurang2nya ada le poin nak jawab pada malaikat dalam kubur nanti!
Man: Baik wak!
Wak: Mula2 ingat kita dah tahu banyak juga kata2 arab.
Contoh macam nama2 hari
1. Ahad
2. Isnin
3. Selasa
4. Rabu
5. Khamis
6. Jumaat
7. Sabtu
Untuk ini cuba engko tengok link ini:
خلص - khalas
Aku ucapkan mari kita merangkak sama2
Wak: Ye.
Man: إن شاء الله wak
Wak: إن شاء الله
Jika Allaah mengkehendaki
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء
- ke pertemuan lain/bye
1/11/21
Categories: