bangun jangan tidur

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Man: Wak! Saya nak minta pendapat wak sikit - boleh tak wak?

Wak: تفضّل [tafaddal]

Man: Wak! Tak semena2 maka gempaklah tentang kesah أصحابُ الكهفِ [ashabul kahf] yang dimulakan oleh Anwar. Apakah komen wak?

Wak: Hmmmm.... Eleh... Rasa2 aku ler. Ini semua ada ler permainan pihak musuh2 kita juga. Musuh dalam selimut. Dan musuh yang paling beso - setan. Kan sekarang ni setan2 itu dah terguling2 ketawa terbahak2. Mereka berjaya. Mereka berjaya memporak pedayakan dan menyesatkan kita. Kita tak mahu belajo2. Dari dulu sampai ler kini. Ashik - leka dengan yang bukan2. No substance at all.

- orang lain bermatian mencari shahid.
- kita - bermati2 mencari kecelaruan dan keporak perandaan
- kita langsung tak menguit nak melawan setan dari manusia dan jin
- kita tak langsung ambil peduli untuk meningkatkan jati diri

Eleh - tak payah ler aku nak bermain kata2... Aku rasa engko dah boleh faham!

Man: Eh wak! Ini dah lari dari pertanyaan saya ni wak?

Wak: Engko pun tanya benda2 yang remeh temeh pun. Maka aku pun jawab - lari dari tajuk!

Man: Jadi tak ada komen wak ler tu!

Wak: Aku rasa2 - engko cari ler point2 yang lain dari benda2 yang remeh tu. Aku rasa - ini macam hanya mengabiskan masa ajer. Ingat. Hidup kita ni pendek. Perentah Allah pun kita tak tercapai pun! Cuba ler pakat2 cari jalan keredaan Allah. Dan bina ler kekuatan diri dari segala sudut. Jangan biokan kita ashik bergantung kepada orang lain.

Fardhu2 kita - dari yang wajib sehingga ler yang ke fardhu kifayahnya - dah kita usahakan dan kita sediakan? 

Maka sentiasalah minta pertolongan pada Allah agar dia sentiasa membantu kita dari hari ini hingga ler ke kiamat!

خلص

Man: شكرًا wak - kita jumpa lagi dilain masa!

Wak: عفوًا

استغفر الله العظيم

لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

231227