Battery checker

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
اهلًا - ahlan
 
Man: اهلًا بِك - ahlan bik - Yaa Wak!
 
Saya nak tanya wak sikit le. Ok?
 
Wak: Ye! Apa ke bendanya?
 
Man: Semalam saya dah cerita pasal. 
 
Amacam nak check bateri kita tu ok ke. Atau dah tak boleh pakai.
 
Saya kata:
1. Pasang bateri tanpa load
2. Cas macam biasa dengan solar panel
3. Biokan semalaman
4. Esok check
5. Tinggal 10.5v kah?
6. Kalo ia. Maka bateri itu jangan pakai.
 
خلص - khalas
 
Wak: Soalannya apa?
 
Man: Mana lebih baik. 
 
Pakai sebiji bateri beso Vs battery bank?
 
Wak: Lebih kurang aje. Yang pasti duit kena keluo juga.
 
Ceritanya:
 
Kalo pakai beteri beso.
1. Kalo mati
2. Satu sistem out.
3. Kena lekas2 cari bateri baru
 
Kalo pakai battery bank:
1. sistem tak le down sangat
2. sebab bateri lain masih ada lagi
3. Tapi yang susahnya nak trace mana satu yang rosak
4. kena le buat macam yang engko buat tu.
 
Man: Ada cara lain ke nak trace satu2 bateri tu baik ke tidak wak?
 
Wak: Mungkin boleh guna meter ini. Mungkin.
 
tester
 
Kerja meter ini ialah:
 
1. Kita pasangkan meter ini pada bateri
2. On-kan beberapa minit
3. kita boleh nampak load-nya menyala
4. lepas itu tengok apa dia kata - weak?
5. kalo -weak- buang aje bateri tu
6. kalo dalam bateri bank
7. engko jumpa le yang mana -weak- tu
 
Man: Oh! Boleh cuba ni. 
 
شكرا - shukran wak!
 
Wak: عفوا - afwan
 
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
 
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
 
ولا إله إلا الله - wa laa ilaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
 
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
 
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
 
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Categories: