ber-integrity

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم [Kesejahteraan ke atas kamu] wak!

Wak: وعليكم السلام [Dan ke atas kamu juga keselamatan] - engko!

Man: Wak! Ini cerita bagus punya ler wak!

Wak: Iyer. Ceritakan pada aku. Apa bendanya!

Man: Hohohoh.... 9/10 rezki adalah dari perniagaan! Atau maknanya - 90% aktiviti manusia ini majoriti datangnya dari sumber perniagaan. Yang 10% bakinya selain dari itu. Reti yang tak pakai duit dari sumber yang bukan berniaga. Yang mana tau. Sedut udara ker?

Wak: Hmmm... Jap! Rasa2nya - inilah modal sesetengah ustaz kita. Tapi - aku rasa kalo engko ada masa cuba engko google. Mana tau jumpa? Lepas tu cerita pada aku!

Man: Oooo... kan ustaz2 yang kata tu - dia pun meniaga! Maka hari2. Siang malam pergi round masjid2 atau mana ada lubang. Cari jalan - meniaga ceramah.

Wak: Esh.... engko! Ini macam menista orang ni! Jangan jaga mult. Berdosa beso. Melak nanti - pitam engko ditempak ustaz2 - nanti!

Man: Itu kalo yang dikira dari pihak ustaz. Tapi - kalo dikira dari bidang2 lain pulak macam:
- kalo yang ada anak - anak kecik 
- nak anto anak ke tadika. duit. 
- nak anto anak tusyen - duit. 
- nak anto anak pergi-balik ketempat belajo atau sekolah - kena transport - duit
- akhirnya - bila melibatkan kes services - duit

Wak: Jadi - retinya kalo engko - kerja opis. Pasal itu kan kes service - pun niaga juga ler kan?

Man: Ini kes - pekerja offer dirinya kerja menyumbangkan kederatnya kepada pihak bossnya. Ini mesti perlukan transaction duit. Tak ada duit - siapa nak offer kerja. Habis nak makan apa? Lain ler kerja dengan GISB. Main pakai - "saham akhirat" ajer!

Wak: Mmmm... dari satu segi nampaknya macam - ada betulnya. Tapi yang 10% bakinya tu apa?

Man: Tak pulak ustaz2 ni cerita. Tak berani nak buat kajian. Pasal habiskan masa dia sia2 tak dapat nak keling nanti.

Wak: Eh! Pada zaman ini - kita tak boleh ler main cakap lepas ajer. Mesti ada facts. Mesti ada kajian. Mesti pakai otak untuk membuat apakah findings kita! Kalo tak! Itu maknanya - kita tak baca ker quran. Kita tak memanfaatkan quran. Kan quran ada sebut. Manusia diberi akal. Tapi bagaimana kita gunakannya pada jalan2 yang bergguna pada sesama anak Adam?  

Man: Hmmmm... mungkin - kalo tak nak pakai duit. Saya rasa ler wak - baik ler lari jauh2. Duduk dalam hutan belantar. Mesti jauh dari benda2 moden. Buat komuniti macam dayak. Makan dari sumber asli. Nakkan apa2 keperluan - buat dengan tangan sendiri. Maka kalo ler nakkan benda yang kita tak ada tukar - suka sama suka antara komuniti yang duduk hutan tu. 

Wak: Habis kalo kampung hutan engko tu nak baca quran. Amacam nak tulis sendiri? Mana ada kemahiran. Mana reti bahasa arab. Kena juga salah seorang dari kamu kelo hutan beli dibandar. Leh! Bila masuk bandar - nak beli quran kan - kena duit. Hah kan dah kena buat jual beli dengan duit?

Kesimpulannya:
- Mungkin betul juga rezeki itu datangnya dari perniagaan - boleh pakai, boleh pakai.
- tapi figure 90% atau berapa sebetulnya figurenya kenalah buat survey 
- bio apa yang dicakapkan itu ada membawa integrity
- baru ler boleh dikatakan islam itu membangun
- islam itu pengetahuan
- islam itu penyelamat ummah
- dan lain2 lagi yang baik2

خلص

استغفر الله العظيم

لا حول ولا قوة إلا بالله

Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

السلام عليكم

Man: وعليكم السلام

241127