Berjinak2lah - 3
بسم الله الرحمن الرحيم
Selawat keatas nabi sememangnya digalakkan, malah dalam apa keadaan sekalipun, sebutlah ia selalu.
Contoh
1. Kalau terdengar orang menyebut ".... Nabi Muhammad..." maka cepat2lah sambut dengan selawat
2. Katakan, kita terlupa sesuatu dalam perbualan, sebutlah selawat
3. malah kalau kita terantuk pun katakanlah selawat
4. selawat dan kata " الله اكبر / aLla-hu akbar" boleh saling bertukar ganti
maka berselawatlah seperti

aLla-humma Salli 'ala muHammad
atau
aLla-humma 9alli 3ala Mu7ammad
ya allah cucuri rahmat keatas nabi Muhammad
Tip 1:
- ص bunyi sad ini adalah lebih tebal dari س sin, itu sebab disini ditulis dengan S [S besar] atau "9" untuk membezakan dalam tulisan rumi
- ada juga yang menyebut ِّصل sebagai "solli" - "so", tebal pada "S"
Tip 2:
- اَ = alif diatas "a", biasa sahaj tidak ada apa2 masalah
- عَ ini 'ain atau 3ain, 'ain/3ain diatas 'a/3a, lebih cenderung berbunyi ditekak. Disini dirumikan dengan 'a - ada tanda didepan huruf "a" itu, atau bolehkah kita gunakan huruf "3" sebab ia macam lebih mirip kepada huruf "3ain" arab, cuma terbalik sahaja!
Tip 3
- َه = ha diatas ha, seperti bunyi ha biasa sahaja
- َح ini Ha yang berbunyi mengeluarkan angin, jadi kita rumikan dengan, Ha diatas Ha atau bolehkah kita tulis 7a diatas 7a. supaya dapat kita bezakan antara keduanya!
Renungkanlah!
- mana satu sistemkah boleh kita merumikan tulisan arab?
"ya allah berikanlah ilmu yang bermanfaat kepadaku..."
والله اعلم
