Berubah!
Submitted by tokchuk on Thu, 01/10/2013 - 09:49
Man: بسم الله
Wak: بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
Man: Wak! Saya nak tanya wak! Bila wak keluar berjalan2 makan angin ke atau sepertinya, apa yang wak tengok?
Wak: Aku tengok le kebesaran Allah!
Man: Alhamdulillah. Boleh saya tambah!
Wak: Apa dia?
Man: Walaupun Allah sudah memberikan segala2nya untuk dijadikan sebagai panduan hidup kita tetapi sesungguhnya manusia ini sememangnya tidak mahu reti bahasa, maaflah wak saya guna bahasa kasar pulak.
Wak: Apa maksud engkau.
Man: Sememang Allah menjadikan kita dan tentunya dia sudah mengetahi apa akan jadi pada manusia ini. Diberikan panduan - manusia buta. Diberinya nabi dan rasul - masih juga ingkar.
Wak: Itulah tanda2 Allah dengan baiknya telah memberi kebebasan pada manusia ini untuk membuat keputusan sendiri.
Man: Kebebasan yang akhiri dibuat mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan.
Wak: Jadi apa sebenarnya yang engkau nak cakap ni?
Man: Yang saya sedihkan tu bila berada dalam negeri Islam saya rasa, sedikit pun tidak pemimpin2nya meningkatkan kehidupan orang2 islamnya. Malah dibiarkan ikut sesuka hati masing2. Yang kaya senang lenang dengan kekayaannya. Yang miskin duduk le dengan kemiskinannya tanpa pembelaan. Yang berkuasa menambak kekayaan.
Wak: Begitu le kita ini yang ada iman yang lemah, yang tak sanggup bergerak dengan perbuatan, tapi hanya cuma sanggup berdoa sepanjang ... Ya Allah jadikan lah kami dari kaum yang kuat "iman" yang boleh memakmurkan kaum kami mengikut apa yang kamu tunjukkan setiap saat ...
والله اعلم
Categories:
