Bila ada conflict ...

Man: بسم الله
Wak: بسم الله الرحمن الرحيم
[dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
Man: Wak saya nak cerita satu perkara!
Wak: Ya!
 
Man: Masa kami kecik2 dulu. Adik beradik saya ramai wak! Bila akhir tahun sahaja, kebetulan ada le adik saya yang birthday awal tahun tu. Jadi kita pun pakat2 adik beradik buat birthday sama sendiri. Ada yang masak bertih. Gaya orang kampung! Ada yang pergi beli ais kacang. Gitu le sikit2. Tapi dicelah2 itu ada yang bagi pensil. Bagi rubber. Gitu le gaya nya. Tak ada le cake birthday pasal kampung mana ada kedai cake.
Wak: o!
 
Man: Tapi bila tiba masa sekarang ini, bila orang jemput saya ke birthday anak ke, cucu ke, hati saya dah rasa macam pelik! Banyak soal jawab pula dalam hati. Kenapa ya?
Wak: Itu le dia dikatakan: masa berubah dan hati engko pun berubah dah! Kenapa? Itu semua engko sendiri le yang merasa! Mungkin engko ada jawapannya sendiri.
 
Man: Oo. ada ke perubahan itu satu yang baik atau sebaliknya waK?
Wak: Aku pun tak tahu apa nak dihukumkan, kerana aku tak langsung terfikir pun pasal birthday2 ni. Kerana kau sendiri pun tak pernah sambut2 begitu. Cuma aku ingatkan pada engko apabila ada terasa sesuatu conflict dalam diri engko, berdoa je le supaya Allah sentiasa memelihara diri kepada bebaikan aje, insyaallah ....
 
والله اعلم