Bila cuti panjang highway jam!

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم [Kesejahteraan ke atas kamu] wak!

Wak: وعليكم السلام [Dan ke atas kamu juga keselamatan] - engko!

Man: Wak! Saya nak minta pendapat wak!

Wak: Tentang apa tu - engko! Tapi aku rasa - engko perlu ingat. Aku ni bukan tahu semua benda. Jadi ...

Man: Eleh ... cuma - cakap2 kedai kopi ajer ler wak!

Wak: Mmmm ... kalo dapat - cakap2 kedai kopi yang tak berapa bermanfaat tu kurang2kan ajer ler iyer.

Man: Kena juga ler wak! Kalo asyik nak serious. Naik boring naik buntu otak wak. Kena ler ada yang santai2 juga wak!

Wak: Baik!

Man: Apa pendapat wak! Ceritanya: bagaimana ker kita nak kurangkan jam yang sekarang ni menggila2 jadi bila cuti panjang sikit. Macam semua nak keluo berjalan kesana kemari! Highway jadi tortise

Wak: Haah. Mula2 aku nak tanya engko. Apa fikir engko. Tentang hal itu? Apa solution engko.

Man: Saya rasa - kita kena buat highway sebeso2 jalan untuk mengelakkan jam wak!

Wak: Memang itu pun salah satu solutionnya. Tapi aku rasa ada baiknya kalo kita kaji secara overall overview.

Man: Apa maksud wak ni.

Wak: Mungkin kita tengok gini. Ambil highway KL-Seremban. Yang jam dimana?

Man: Sepanjangnya wak. Dari kedua belah hala pilak tu. Pergi dan balik sama ajer.

Wak: Maknanya - engko nampak highway tu jam kerana tak dapat menampung jumlah kereta?

Man: Iyer wak. Atas highway tu ler yang tepu. Jadi ler masing2 mengesut2 macam snail.

Wak: Jadi - boleh tak aku kata: Start ajer dari tol KL sampai ler ke tol Seremban - memang flow tak melencong kemana2. Straight jam?

Man: Rasanya gitu ler wak. 

Wak: Aku rasa kita kena juga tahu juga amacam cara kereta difeed ke tol KL tu dulu. Mesti ler mereka datang dari berbagai sources. Amacam disitu tak nampak pattern ker.

Man: Nak sampai ke tol KL - memang ler puncanya banyak. Maknanya ditol itu pun dah mula jam. Tapi yang penting atas highway pun giler.

Wak: Kalo gitu highway KL Seremban yang punya hal. Betul ler kalo engko kata solutionnya: besokan jalan. Tapi beso2 jalan pun kita kena buat simulation dulu - berapa jam ker yang kita nak maintainkan perjalanan yang sepatutnya ditanggung oleh pengguna highway tu. Katakan ler perjalanan kita mesti maintain dalam sejam sahaja kereta berada diatas jalan!

Man: Kalo gitu wak. Mula2 kita mesti pastikan flow rate yang betul atas highway jangan sampai tercekek. Maksudnya kereta berjalan dengan lancar dengan kadar sesuai dan dengan jarak yang sesuai hingga masa perjalanan akan kekal dalam masa sejam sahaja! Mmmm...

Wak: Hah itu pun engko dah boleh fikirkan. Maksudnya - jangan ada sesuatu yang menyekat atas perjalanan highway.

Man: Makanya. Problem pertama: Kita kira rate flow highway - sepatutnya kadarnya sekian sekian.

Wak: Hmmm... itu adalah satu cara. Cara lain kena fikirkan juga!

Man: Hmmm ... yang ini kita sambung dilain kali ler wak!

Wak: Iyer خلص

استغفر الله العظيم

لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

240920