Bio ber"objective"!

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

اهلًا [ahlan - welcome]
 
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you] Yaa Wak!

Wak!

Wak: Iyer.

Man: Amacam orang ni wak?

Wak: Amacam apa bendanya tu?

Man: Selalu juga saya beli nasi lemak dari berbagai penjual.

Wak: Apasal gitu? Tak kan engko tak boleh stick pada satu peniaga ajer?

Man: Penjual nasi lemak tu. Mana2 pun boleh dapat wak. Mungkin rasanya ajer yang lain sikit.

Wak: Eleh! Pada aku. Kalo nasi lemak tu. Rasanya itu ajer. Yang berbeza pun. Cuma pedas ke tidak. Sedap ke tidak? Beso ker kecik ker telurnya. Ada kacang tak. Ada ikan bilis tak. Ada timun ker. Dan entah apa2 lagi ler.

Man: Kalo sedap. Entah2 dimasukkannya Aji-no-moto tu kan wak!

Wak: Entah! Tak tahu ler aku...

Man: Apasal saya pindah2 peniaga tu wak. Wak tahu?

Wak: Mana ler aku tahu. Hanya engko yang tahu...ouk!

Man: Pasal! Saya rasa wak! Saya nak bagi sekurang2nya ramai sikit peniaga yang mendapat pendapatan. Kalo saya tumpu pada sorang. Maka sorang itu ler ajer yang dapat rezeki wak!

Wak: Hmmmm... lojik lojik lojik... Habis apa pulak engko nak cerita ni?

Man: Yang saya dapati. Ada penjual. Jual nasi lemaknya tak sebanyak penjual lain. Itu yang dari kuantiti nasi lemaknya. Ada pulak yang beri sambal alat2 ajer. Langsung tak nampak timun ker. Kacang ker. Entah apa ler lagi bahan2 yang lain lagi?

Wak: Ohh... nasi lemak sikit. Amacam engko tahu nasi lemak yang dijual tu sikit berbanding dengan yang lain?

Man: Saya nampak wak. Dan saya dapat camkan. Dengan cuma memandangkan pada nasinya ajer. Saya dah boleh rasa. Ini banyak. Ini sikit!

Wak: Hey engko ni! Engko kena ber-"objective". Jangan main2 sebut jer. Jangan main2 pandang ajer.

Man: Apa ker bendanya "objective" tu wak?

Wak: Bila bercakap. Kita kena ler ada bukti. Ada engko timbang nasi lemak tu? Atau cuma main2 ikut rasa hati engko ajer? Mana adil...

Man: Iyer ler wak. Saya pandang. Saya ingat saya boleh agak!

Wak: Heh. Engko boleh pastikan yang anggapan engko itu tepat?

Man: Aduuuh wak! Kena sebiji ni wak! Maka maknanya : kita mesti betul2 adil dan jujur. Kalo gitu saya kena invest beli dacing electronik ler kali ini sebelum bercakap iyer wak?

Wak: Hah! Gitu ler hendaknya. Sedangkan Allah pun kata : "Buat baik 10X dapat pahala!"

Man: Tapi wak. Kalo puasa Allah kata pulak. "Pahala atas aku! Hah itu ikut suka hati aku ler" : Kata Allah wak!

Wak: Leh. Yang dah tetap. Memang ler dapat 10X tu. Tapi yang extra tu. Baru ler ikut hatinya. Tapi. Kalo kita minta sebab : "apasal dapat lebih?" Mesti Allah akan bagi sebab2nya dengan ber"objective". Dia takkan cakap lepas gitu ajer. Maknanya:
- buat baik yang basic : dapat 10X
- disebalik itu : ada lagi point lainnya.
- entah2 : dikiranya dari segi hati budi kita. Pun itu ada peringkat2nya
- mungkin dikira lagi : dalam keadaan apa-ker kita diwaktu berbuat baik tu
- eh! Mesti Allah akan dapat detailkan dengan cekap dan sedetail2nya
- bermakna : itu ler yang katakan : ber-objective tu.

Man: Baik wak. Sekarang kita kena amalkan cara ber"objective". Bukan main dengan "subjective" ajer. Cara agak2. Cara sembrono!

Wak: "Subjective" itu : hanya berdasarkan " ikut perasaan ajer. Main gitu2 ajer." Bila ditanya. Leh terjelir lidah engko! Tak tahu nak bagi bukti apa?

Man: الحمد لله wak.
Hmmm... hidup ini mesti ber"objective" ... heheheh. Bukan asyik nak berkira secara subjective! Pasal : boleh mengelat. Boleh mengelak.

Wak: Iyer. Fikir ler baik2 antara "objective" dan "subjective"  tu iyer...

سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah

والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja

والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar

والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi

7/9/22