Bitcoin - 2
Submitted by tokchuk on Tue, 12/17/2013 - 19:08
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
Bitcoin - 2
Seperti juga duit biasa, duit bitcoin beredar dalam komuniti elektronik itu sahaja.
Jadi oleh kerana dia ini duit elektronik, kemudian TIDAK mahu libatkan yang ada "central control" maka pereka asal memastikan:
- komuniti elektronik ini menggunakan perkhidmatan internet
- TAK mahu ada yang nak CONTROL habis2an, kenalah pakai kaedah P2P
- Bila pakai P2P bermakna, setiap member boleh tahu jumlah duit beredar dalam komuniti
- sebab tak ada bank yang tolong simpankan duit setiap ahli, maka setiap orang mesti menyimpan account sendiri. Jadi masing2 kena buat WALLET sendiri dan simpan baik2 secara sendiri.
- jadi WALLET adalah account sendiri yang perlu diSimpan sendiri.
Secara praktikal: bagaimana pulakah seseorang hendak menjadi ahli Bitcoin?
Caranya:
- beli dari orang yang dah ada Bitcoin dengan menggunakan matawang dunia biasa. Kadarnya ikutlah nilai yang disepakati oleh penjual dalam sistem ini.
atau:
- "mine" atau melombonglah sendiri.
Cara melombong:
- Maksud "melombong" ialah proses penyelesaikan formula matematik yang pereka sistem ini telah reka.
- Ia melibatkan manipulation yang memakan banyak kuasa CPU serta elektrik juga dengan faktor kepayahan [difficulty rate factor] yang dinamik.
- daftar diri dengan agent yang dijadikan reference
- dapatkan formula yang dipersetujui oleh komuniti Bitcoin.
- atas usaha ini agent akan me'anugerahkan'kan nilai duit Bitcoin.
Akhirnya gunakanlah Bitcoin ini dalam komuniti yang sanggup berjual-beli dalam Bitcoin.
والله اعلم
Categories:
