borak tentang bah!

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
اهلًا - ahlan
 
Man: اهلًا بِك - ahlan bik - Yaa Wak!
 
Wak: نعم - na'am
 
Man: Bah wak. Bah! 
 
Wak: Ye! Sememangnya sekarang ni kan musim bah. Kita kena hati2. Jangan main2 dengan air bah yang deras tu. Silap2 kena dihanyutkan air. Dah akan menyusahkan orang lain pulak.
 
Man: Hmmm... Gini wak!
 
Saya dapat hantaran video tentang bah ni wak! Tengok!
 
 
Amacam. Boleh buat sesuatu ke wak?
 
Wak: Dari video tu. Aku rasa! Sungai tu berada disebelah kanan video!
 
Man: Ye! Yang sebelah kiri tu kan ada jalanraya ke-2. Jalan tu jauh sikit dari sungai. Disana air tak sampai pun!
 
Wak: Ini sudah baik.
 
Man: Pasal wak?
 
Wak: Kalo le orang kampung ni nak elakkan bah semacam ini:
 
- buat le penghadang sungai le.
- study bangaimana orang Belanda buat dinding menghalang laut.
- apply-kan.
- kali ini buat untuk menghalang sungai pulak.
- tak le sehebat orang Holland kan!
 
Man: Maknannya wak:
 
- kena buat le benteng besar sepanjang sungai ni kan wak?
 
Wak: Eleh.Kampong ini tak le panjang mana pun. Kata le sepanjang 5km mengikut sungai itu. Itu pun aku kira dah panjang dah.
 
Man: Kena gotong-royong le orang kampung buat benteng. Sambil itu minta le bantuan kewangan dari mana2 pihak yang nak dapat pahala.
 
Wak. Benteng mesti tinggi daripada jalaraya dan sungai. Buat sementara ini. Buat le setinggi 2 atau 3 kaki je dulu! Rasa2 cukup tu. Memandangkan air pun tak dalam mana pun!
 
Man: Pasal wak kata gitu wak?
 
Wak: Air pun tak sampai habis sampai ke jalanraya ke-2 yang disebelah kiri tu! Hmmm:
 
1. Tadi. Aku kata:
- buat dinding penghalang macam orang belanda.
 
Man: Baik. Dinding orang Holland.
Kemudian keduannya apa pulak wak: 
 
Wak: Sekarang kita kira volume air yang dah terhalang nak masuk yang mulanya menghasilkan bah. Itu berapa banyak hoiiii....
 
Man: Oh. Pakai kira agak2 je le. 
 
Katakan:
5 km - panjang dinding sepanjang sungai
air yang bah  - kira2 20meter kedarat dari tebing sungai
dalam air - agak2 1 meter.
Ini le volume air yang akan terhalang.
 
Wak: Hah pandai pun engko ye!
 
- Tapi air ini nak kemana lepas tu?
- Kalo kampung lain pun kena sama.
- Maka kampong lain tu le yang akan mengalami lebihan air ini ke dalam kampong mereka.
 
Man: Oh ye. Jadi amacam ni wak.
 
- Kita selamatkan satu kampung.
- Kampung lain pulak menjadi derita kerana kita
- dah berdosa beso kita wak!.
 
Wak: Jadi solution kedua. 
 
2. Dalamkan sungai disebelah yang tadi dah dibuat dinding itu.
 
- Kena le panggil kapal korek.
- Korek tanah sungai tu sebanyak volume air yang tersesekat.
 
Man: Panggil kapal korek!
 
Wak: Atau
 
3. Buat kolam atau tasek yang akan menampung volume air yang tak dapat masuk untuk jadi bah.
 
Man: Aduh! Banyak juga alternatif.
 
Apa taknya.
 
- mulakan pulak dengan parit yang ada dalam kampung.
- Dalamkan dulu.
- dikuala yang menghadap sungai buat pintu besi penghalang.
 
Wak: Itu pun menolong juga.
 
- Jadi buat le banyak2 canal.
- Dari sungai masuk kedarat sampai ke pendalaman kampung.
- Buat beso2 sikit.
- Bio orang kamopung pun boleh berdayung pulak. 
 
Man: Maknanya kalo ada beberapa canal dari sungai.
 
- Masuk terus ke tengah2 kampung sejauh 5km pun.
- rasa2 boleh cover ni.
- Mungkin tak perlu buat tasik pun.
 
Wak: Tasik? Tasik juga. Canal? Canal juga.
 
- Kalo musim tak bah.
- Orang kampung akan dapat air sungai pun untuk kegunaan masing2
- Buat macam Xinjiang di china.
- Orang islam sana buat canal sepanjang kampung.
- Maka orang kampung dapat air bersih dari itu. 
 
Apasal kita tak nak tiru orang islam negeri China tu? Kan itu pengajaran pemberian Allah
 
Man: Hmmm.... Sama2 berdoa le kita wak. Supaya orang kita ni ingat sesama kita.
 
Wak: سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
 
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
 
ولا إله إلا الله - wa laa ilaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
 
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
 
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
 
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi