Bukan banyak songel ... tapi....

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

اهلًا [ahlan - welcome]
 
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you] Yaa Wak!

حسنًا [hasanan] Gini wak......

Wak: Iyer! Abendanya tu iyer?

Man: Saya dapati. Dah banyak masjid2 - dah mula buat rule - mask dan sejadah  - tak payah bawak!

Wak: Ohoh! Coivd dah habis ker!

Man: Tak tahu ler wak. Tapi nampak gaya Kementerian Kesihatan pun dah celeh. Dah liat nak keluokan nombor mangsa covid Malaysia.

Wak: Mungkin dah settle  - entah!

Man: Apa2 pun. Saya masih dapat tengok - ada negeri2 yang masih collect data covid ni.

Wak: Kita berdoa jer ler. Yaa Allah! Tolong selamatkan kita dari kesan buruk wabak ini Yaa Allah.

Man: Tapi wak. Pada saya ler. Dimasjid2 tu. Ada baiknya. Kita masih kena berjaga2 juga. Satunya! Nak bersihkan masjid hari2. Tak cukup tenaga. Tak cukup duit.

Wak: Bukan tak cukup tenaga. Tapi jawatan kuasa masjid tak peduli sangat pada hal2 keadaan masjid. Bersih ker. Kotor ker. Pecah sana. Pecah ni ker. Berabuk sana. Berabuk sini ker. Toilet bersih ker. Bernais ker. Air tadahan wudhuk jernih ker. Keladak ker. Ah macam2 ler - kalo nak sebut.

Man: Tadi kan katanya tak ada budget - tak orang! Wak!

Wak: Hmmm... Iyer juga.

Man: Iyer iyer iyer wak! Berbalik tentang covid ni. Saya rasa ler wak! Setiap masjid dah kena buang semua carpet2 didalam masjid tu. Bio padan semua orang yang datang!

Wak: Apa ler dengki engko ni!

Man: Bukan dengki wak. Kalo ler masjid hanya bersimen ajer. Atau sebaiknya. Kalo lantai bertile ajer. Senang nak helap. Kalo ada habuk pun - hah cepat nampak! Orang yang duduk disitu boleh lap dengan tissu.

Wak: Habis orang yang tak tahan sejuk. Amacam? Menggigil ker?

Man: Pakai stokin ler. Tapak kaki pun bersih. 

Wak: Habis takkan nak sembahyang atas simen ajer?

Man: Eleh sebelum ini masing2 dah boleh bawak sejadah sendiri. Takkan ini ada issue. Tak gitu wak!

Wak: Leh! Kalo tertinggal dirumah!

Man: Buat ler kedai sejadah ditiap2 pintu masuk masjid. Hah! padan muka masing2. Yang kedekut - sembahyang atas simen ajer. Janjinya kan nak bersihkan lantai masjid sampai berkilat! Boleh ler masjid beli mesin mop beso! Sebab - tadi kan dah kata - tak ada orang nak buat kerja.

Wak: Apa2 pun. Manusia ni kan kompleks. Bila ada jer satu2 benda. Mesti akan ada yang datang - menyokong. Dan ada yang datang - menentang! Kan Allah dah tunjukkan dalam quran. Malaikat itu kerjanya - menurut ajer. Kalo ada komplen pun. Kalo diberi facts. Terus diterima. Tidak ada hasad dalam hati. Tapi kalo iblis dan setan tu - hah banyaknya songel! Datang ler sebab2 itu dan ini!

سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah

والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja

والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar

والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi

Siri : 230404