cantikkan alam sekitar

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم [Kesejahteraan ke atas kamu] wak!

Wak: وعليكم السلام [Dan ke atas kamu juga keselamatan] - engko!

Man: Wak! Sekarang ni banyak town2 kita ni dah jadi bandaraya kan wak?

Wak: Maka ada ler yang jadi Datuk Bandar

Man: Tapi macam tak nampak perubahan dari sebelumnya

Wak: Maksud engko!

Man: Pada saya ler wak. Kalo satu2 bandar tu jadi bandaraya. Penjagaan alam sekitarnya bio ler agak terjaga.

Wak: Maksud engko!

Man: Eleh. Takkan Datuk Bandar tu tak nampak. Contoh - pokok2 sepanjang jalan utama atau segala jalan2 dalam perimeter bandaraya. Jaga ler baik2. Perun. Potong. Bersihkan kawasannya.

Wak: Lagi?

Man: Tanam semula ler pokok2 yang dah menyakitkan mata. Bio ler satu2 jalan tu ada pokok2 yang teratur. Sama beso. Terjaga. Kena ler mulai invest apa2 yang patut.

Wak: Umpama?

Man: Umpamanya - kalo nak tebang pokok2 yang dah tak senonoh keadaannya. Mesti ada :
- Mesin penebang pokok
- mesin penggali pokok
- mesin pencabut tunggul pokok
- lori angkut sisa2 tunggul2 dan segala sampah sarapan yang jadi semasa kerja2 penanam atau dalam kes mendandan pokok
- ada team yang nak membuat semua kerja tu
- tak perlu nak swastakan - pekerja sendiri pun boleh buat

Wak: Mana nak cari pokok2 baru yang sama baya umor pokok2 tu?

Mna: Leh bandaraya kena ler siapkan tapat kebun untuk pokok2 beso dan kecik mungkin bunga sekali. Inikan keperluan pencantikan alam sekitar.

Wak: Hmmm... memang. Bila dah ada kawasan tanaman pokok2. Mesti kena ada penjaga. Mest ada orang2 yang terlatih dalam pokok2 beso dan pokok2 bunga. Kemudiannya kan dah boleh buat institut pokok2 gamaknya. 

Man: Iyer ler wak. Jaga bandaraya. Tambahkan pekerja. Ramai yang dapat manfaat dari segi pekerjaan. Maupun pelajaran. Baru ler betul nak jadi penjaga dunia. Tak gitu wak?

Wak: Kita dijadikan untuk mengurus dunia. Maka urus ler dengan ilmu yang dikurniakan Allah. Pahala beso tu. Kurang ler nanti - soal jawab dalam kubur. Tak mau ker? Sebaik2nya - berlumba2 ler kita rebut. Jadikan orang2 islam ini jadi contoh bagi yang belum memeluk islam. Kan itu pun dakwah secara tak langsung.

خلص

استغفر الله العظيم

لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

241030