Capacitor untuk fan.
Submitted by tokchuk on Wed, 02/13/2019 - 18:51
Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak:
وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Saya nak tanya sikit wak!
Wak: Kalo aku boleh jawab ok le. Kalo tak. Cari orang lain le.
Man: Gini wak. Fan siling rumah saya tu. Dah mula slow motion wak. Apa nak buat.
Wak: Ok. Aku cadang begini:
1. engko ada duit lebih?
-- beli fan baru
Man: Dalam zaman ekonomi tak baik ni. Kalo boleh jimat kena jimat sejimat2nya wak.
Wak: Oh kalo gitu.
- ambil tangga
- buka penudung fan yang sebelah bawah
- disitu engko akan nampak capacitor seperti ini

Cabut. Lepas itu. Pergi le beli dikedai electrik. Harga aku tak tahu!
Man: Oh! Cuma tukar capacitor je?
Wak: Itu baru 1st step. Engko tuko je itu dulu. Kalo apa2 hal. Tak mahu dia. Baru le engko beli fan baru.
Man: Baik wak. Saya cuba capacitor dulu.
Wak: Ye. إللقاء
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
استغفر الله عظيم
لا حول ولا قوة الا بالله العظيم
والله أعلم
Categories:
