Cara sembahyang jama' dan qasar
Cara sembahyang jama' dan qasar
Dalam perjalanan melebihi 2 marhalah kita diharuskan sembahyang jama' dan qasar.
Sembahyang yang terlibat ialah:
Zohor [2 rakaat] dengan Asar [2 rakaat]
Maghrib [3 rakaat] dengan Isya'[2 rakaat]
Cara sembahyang qasar [pendek]
1. Niat: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor 2 rakaat qasar [menjadi imam/ma'mum] kerana allah taala.
2. Terus lakukan sembahyang seperti biasa sebanyak 2 rakaat sahaja.
Tetapi biasanya elok dilakukan sembahyang jama' dan qasar.
Contoh jama' dan qasar sembahyang zohor dan asar:
1. Niat: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor 2 rakaat qasar dan dijama'kan asar kepadanya kerana allah ta'ala.
2. Buat sembahyang zohor hanya 2 rakaat sahaja dan salam
3. Berdiri dan niat sembahyang asar:
- Niat: Sahaja aku sembahyang asar qasar 2 rakaat [menjadi imam/ma'mum] kerana allah ta'ala
4. Kerjakan sembahyang asar 2 rakaat sahaja dan salam.
5. Untuk maghrib dan isya' seperti itu juga tetapi maghrib tidak ada qasar. Lakukan maghrib penuh.
Niat: Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib 3 rakaat dan dijama'kan isya' kepadanya kerana allah ta'ala.
6. Kemudian sembahyang isya' 2 rakaat
Niat: Sahaja aku sembahyang isya' qasar 2 rakaat [menjadi imam/ma'mum] kerana allah ta'ala
7. Untuk sembahyang jama' dan qasar ta'khir. Sembahyang jama' itu dilakukan dalam waktu kedua iaitu : dalam waktu asar atau isya'.
8. Niat adalah sama seperti diatas hanya tukarkan mengikut waktunya tetapi dengan syarat apabila masuk sahaja waktu yang pertama [zohor atau maghrib] dikehendaki berniat dalam hati seperti dikata:
aku akan sembahyang fardhu ini [gantikan - zohor/maghrib] dalam waktu kedua[gantikan asar/isya']
