copy and paste
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم [Kesejahteraan ke atas kamu] wak!
Wak: وعليكم السلام [Dan ke atas kamu juga keselamatan] - engko!
Man: Wak! Semalam kita tengah bercerita pasal barang halal! Tak habis lagi tu...
Wak: Haah... Sekarang apa pulak idea engko tentang binatang halal ni!
Man: Tapi wak .... Memang kita patut kecewa ler wak!
Wak: Kecewa? Abendanya ni?
Man: Orang bergeliga dah mula ramai. Yang nak buat kerja ajer yang agak ....
Wak: Maksud engko?
Man: Atau orang2 bergeliga ni. Hanya nakkan duit memanjang. Bila ada duit. Boleh megah! Boleh boncitkan perut.
Wak: Bila ada duit... Mmmm... Rasanya kita kena share juga sesama2 anak Adam. Maksud aku. Bila kita ada duit. Duit berlebihan hadnya - kita kena keluarkan. Macam Allah dah sebut. Ada duit lebih. Zakatkan. Fikirkan saranan tu! Kenangkanlah sifat Allah. Sentiasa memberi. Tak kira siapa.
Man: Hah! Yang membayo zakat tu amacam iyer. Semuanya yang sepatutnya keluo zakat dah keluo ker?
Wak: Bila dah ada duit atau harta terkumpul. Anggarkanlah kepada emas yang dah melebihi 85gram. Cukup haulnya. Cukup setahun. Terus jer keluokan zakat. Cuma 2,5% dari harta atau duit yang sudah melebihi had tadi. Berapa tu - ikut ler kadar emas semasa? Dah cukup haul - keluo ajer ler zakat. خلص . Tak payah nak sebok2. Pejabat zakat dah berlambak disana-sini.
Man: Eh! Apasal masjid atau surau tak buat counternya disitu wak!
Wak: Kan zakat tu dah dikeluokan dari pegangan pejabat ugama! Dah ada syarikatnya sendiri! Kan zakat ni pun macam orang - nak bebas juga dari cengkaman direct jabatan ugama...
Man: Eleh! Siapa ler yang bijak pandai yang dah memecahkan pagangan zakat dari masjid. Kalo masjid dan zakat duduk sama2 - satu tempat. Kan senang. Melak2nya - masing yang berkepintingan - risau orang tak mau lagi derma ke tabung masjid tak wak!
Wak: Aku pun tak tahu apa fikir masing2 tu.
Man: Jap wak.
Wak: نعم
Man: Bahagian ugama. Kan Raja2 dan Sultan2 yang pegang tu - kan wak.
Wak: Entah! Tapi aku rasa dia ada macam ada dua section sekarang ni. Raja2 ada badan Islamnya tersendiri. Kawal bahagian apa iyer? Entah! Kemudian dipihak kerajaan ada pulak satu lagi jabatan ugamanya. Disini kerjanya lagi beso tak? Entah? Aku tak mendalaminya!
Man: Walau apa pun - kata ler ada dua bahagian. Kalo Sultan atau Raja duduk diatas sekali. Yang lain2 tu pun kalo ada pun - apa salahnya. Pasal kerja asal datangnya dari payung beso. Dari Sultan atau Raja.
Wak: Aku rasa mungkin ada orang pandai2 ni dah fikirkan - Sultan atau Raja dah ler duduk atas sekali. Dan Sultan atau Raja - mana yang mahir sangat2 tentang ugama. Maka didatangkan Mufti2 sebagai penasihat Sultan dan Raja. Kemudian datang pulak satu pihak. Menteri ugama. Menteri ugama ini pulak duduk dibawah kerajaan yang dipilih rakyat. Kan dah mula pening kepala. Bermacam2 kerenah dah datang bertubi2.
Man: Alah - mana susahnya wak. Mufti pakar ugama. Dia pulak penasihat dan pengajar Sultan dan Raja. Lagi - mufti mesti ada pejabat dia sendiri. Disitu lagi ramai pakar2 ugama dari segala segi. Bila datang Menteri ugama. Pasal kerajaan nak tumpang sekaki. Menteri kena ler duduk dibawah Sultan atau Raja juga. Nanti ada yang kata - kan Menteri dibawah kerajaan. Kerajaan dilantik bergilir2 dalam lima tahun. Sultan dan Raja duduk disitu dari masa dia ditabalkan hingga ke mati. Atau dia sendiri tarik diri dari pangkat Sultan dan Raja!
Wak: Ok. Berbalik pasal kesah halal.
Man: Halal haram dari orang ramai. Tak kira duduk dimana. Dari atas kebawah!
Wak: Bila jumpa sesuatu yang meragukan kehalalannya. Nak lapur kemana?
Man: Pergi jer ler kemana2 pejabat ugama kerajaan atau Sultan dan Raja. Atau masjid pun. Lapur ajer. Nanti akan ada orang terima dan masukkan dalam komputer. Kan sekarang ini zaman komputer!
Wak: Siapa yang yang nak bertindak?
Man: Eleh kan kita orang Islam. Semua yang berkaitan buat ler bidang masing2. Kan kerja berangkai2 apa tak boleh ker?
Wak: Mmmm... kerja berrangkai. Kerja bertali arus.
Man: Tak ler wak! Tengok ajer pada diri kita ni. Ada otak ada hati. Semua kerja berkait antara satu sama lain. Berfungsi dengan betul tu. Tapi ada hadnya. Bila dah lama. Dah tua. Dah mula ada yang lembab. Tapi pihak ugama bukan manusia. Senang! Ganti ajer fungsi yang lemah tu. Kita akan nampak mana2 yang mula slack.
Wak: Emmm... Tubuh badan kita ni jadi model kepada sistem ugama kita. Sudah bagus tu.
Man: Itu model yang direct tuhan tunjukkan pada kita. Copy and paste ajer ler.
Wak: Copy and paste! Ambil petunjuk yang tuhan dah tunjukkan untuk jadi model. Dan jadikan sistem kerja kita! Iyer ....
خلص
استغفر الله العظيم
لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah
سبحان الله
- maha suci Allah
والحمدلله
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah
والله أكبر
- Allah amat besar
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi
241105
