Dengu
Submitted by tokchuk on Tue, 11/06/2012 - 07:12
Man: Bismillah
Wak: Bismillahir rahmanir rahim
[dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
Man: Saya dah cerita pada wak dulu yang saya ada satu kawan!
Wak: Bukan satu - seorang! Dia bukan batang kayu dia manusia.
Man: Sorry wak!
Ya seorang!
Seorang kawan saya ni, saya dah cerita pada wak dulu, bila kita bercakap dengan dia, dia asyik "Hah, hah, hah". Rasanya penat saya tegur. Macam orang dengu lagaknya. Tak masuk2 dalam otaknya. Tujuan saya tegur tu biarle dia tu ada sopan. Tapi rupanya tak berhasil. Asyik2 "hah, hah, hah" juga. Jadi apa yang saya mesti buat lagi wak.
Wak: Aku rasa engkau kena berdoa le pada Allah supaya dia mengubahkan hati kawan engkau tu supaya lebih bersopan dan jangan pula dia menunjukkan dirinya tu dengu.
Man: Oo sampai kesitu pula. Apasal wak?
Wak: Ala! berdoa tu pun bukannya susah. Sebut je "Ya Allah apalah kiranya engkau jadikan aku dan semua orang disekililingku beradap sopan yang baik. Bukan orang yang dengu!" dan tambah le yang lain2 lain. Jangan lupa kena buat selalu.
Man: Oo sampai gitu sekali.
Wak: Aku ras gitu le.
Man: Apa kata kalau lain kali bila dia bercakap dengan saya, saya pun kata "hah hah hah" juga tapi saya tak jawab ke tak beritahu apa yang dia mahu. Lepas "hah, hah, hah" saya buat dengu! Apa kata.
Wak: Melampau engkau. Nak cari gaduh ke?
Wallahua'lam
Categories:
