Dermalah!
Submitted by tokchuk on Sat, 11/10/2012 - 09:45
Man: Bismillah
Wak: Bismillahir rahmanir rahim
[dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
Man: Apa cerita hari ini wak?
Wak: Aku nak tanya engkau!
- Bila engkau pergi kemasjid, ada engkau berderma? Terutama semasa hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat. Sempatkah engkau menderma dimasjid, walaupun seringgit pun tak mengapa!
Man: Ada wak! Apasal?
Wan: Syukur alhamdulillah.
- Semoga Allah merahmati engkau.
- Dan semoga Allah memurahkan rezki engkau
- Engkau tahu Allah dah berjanji dalam kitab alqurannya:
setaip kebaikan yang kita lakukan tentu Allah membalasnya dengan 10 kali ganda. Bermakna secara logiknya seringgit yang engkau dermakan tu dibalasnya balik dengan 10 ringgit.
Man: Sekejap wak!
1. Perkara balasan 10 kali ganda tersebut dalam alquran tu: nanti saya google. Jumpa nanti saya beritahu wak.
2. Selama ini pun saya tak nampak lagi duit 10 ringgit tu balik semula!
Wak: Memang le takkan duit derma seringgit engkau tu tiba2 jatuh 10 ringgit berlepuk bila engkau berderma. O kalau begitu maka ramai orang berebut2 menderma. Sebab automatik dapat balik. O tak semacam itu. Cuma engkau kena ingatlah sahaja untuk mengalakkan diri engkau supaya selalu berderma bila ada duit lebih.
Cuma apa yang aku hendak sebutkan disini ialah sambil engkau berderma:
- bersihkanlah hati engkau. Maksudnya bila engkau memberi, ingatlah itu datangnya dari hati engkau yang rela bukan dipaksa
- engkau juga mesti percayaan engkau hanyalah hamba Allah dan ingin memperhambakan diri pada Allah semata2.
Akhirnya:
Sambil berderma jangan lupa bacalah bismillah.
Dan lintaskan dalam hati "Ya Allah terimalah apa yang mampu dariku ini....
Wallahua'lam
Categories:
