Dimana dan masa berdoa?
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا [ahlan - welcome]
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you]
Wak! Saya nak tanya wak sikit Ok?
Wak: نعم [na'am] Tentang apa tu?
Man: Tentang ini ler wak!....
Satu hari saya ada terdengar ustaz tu cakap. "Kebanyakan kita2 ni sombong sangat pada Allah - apasal tak nak berdoa. Sedangkan Allah suka nak mengkabulkan berdoa kita. Jadi jangan lepas peluang berdoa pada bila2 masa. Angkat tangan dan berdoalah"
Tentang itu saya ada juga terdengo. Tak tahu hadith ker atau ayat quran. Apa2 pun katanya : - berdoalah maka akan aku qabulkan!
Tapi wak. Saya nak berlainan pendapat tentang ini - wak!
Wak: Iyer. Bagaimana?
Man: Gini ler wak. Ikut pandangan saya. Kalo ler kita nak minta sesuatu. Ada ker kita saja2 merenget sepanjang waktu. Gitu ker caranya? Maka cuba kita bandingankan seperti ini - kalo ler seorang anak - asyik merenget henndak sesuatu pada emak-bapanya. Agak2nya bilakah emak-bapak itu akan tunaikan permintaan anaknya? Secepat mungkin atau bertangguh?
Wak: Engko ada point disitu! Iyer. Aku rasa2nya pun - setuju dengan idea engko tu. Tak usah merenget2 ajer terutama pada emak-bapak tapi kena ada trick yang kena buat.
Man: Hah ada trick. Hah itu yang saya nak tahu tu wak! Sebab saya ingat, sebelum kita berdoa. Kita mesti kena satisfiedkan satu prasyarat! Kita kena lakukan sesuatu yang baik berlebih2an sebelum memohon sesuatu pada Allah. Kan wak?
Wak: Mula2 kita tanya diri kita. Apakah amalan yang paling disukai oleh Allah! Jawabnya - Sembahyang atau solah. Hinggakan dikesahkan nabi naik kelangit untuk mendapatkan perentah solah ini. Dengan itu - maka aku pun buat satu andaian:
- sembahyanglah banyak2 dahulu - kemudian baru berdoa panjang. Mintalah apa2 bermanfaat. Yang baiknya minta ler kebaikan didunia dan akhirat
Man: Jadi wak :
1. Sembahyang dulu dan selepas itu baru berdoa.
- tapi wak! Tidakkah kita digalakkan berdoa semasa sujud wak!
Wak: Memang ler didalam sujud kita digalakkan berdoa panjang. Tapi kalo engko berjemaah. Takut nanti ada orang yang busy-body tegur kita. "Apasal sujud lama2. Kan Imam dah habis. Apasal tak ikut imam. Nak tercecer ker ni ?"
- maka - memang sebaiknya berdoa selepas sembahyang. Doa ler panjang2.
- pun disini ada juga mereka2 yang berkata "nabi tak berdoa lama2 disitu. Malah kita disuruh cepat2 ler bertebaran dan pergi buat kerja lain!
Man: Banyak juga halangan bila lepas sembahyang sewaktu berjemaah = iyer wak!
Wak: Makanya - sembahyanglah sunat sendiri2 - dan baru ler berdoa disitu. Atau pergi ler buat tahajud tiap2 malam. Disitu lebih tenteram!
Man: Tak terlarat nak tahajus tiap2 malam wak. Pasal - esoknya dah siap nak berkejo ke pejabat pulak. Cari nafkah!
Wak: Iyer. Mushkilah juga iyer. Gini ler. Aku nak tanya engko! Dalam rukun iman apa lagi selepas solat?
Man: Puasa wak!
Wak: Hah kan itu - satu lagi point yang boleh kita lakukan. Contoh! 3 hari lagi engko nak pergi interview untuk apa2 ler. Maka 3 hari sebelum harinya - berpuasa ler engko. Lagi baik - teruskan sampai pada hari engko interview dan mungkin 3 hari seterusnya....
Man: Hah! Point yang ke-2.
Puasa - kemudian masa berbuka - berdoalah untuk apa2 yang engko hajati. Hmmm... patut ler kita digalakkan berdoa sebelum berbuka puasa - kan wak!
Lagi wak?
Wak: Apa ada lagi dalam rukun islam selepas sembahyang, puasa ....
Man: Point ke-3. Mungkin - zakat tak wak?
Wak: Iyer egko! Keluarkan duit dan harta engko. Berzakat atau pun bersedekah banyak2. Lepas sahaja amalan itu dibuat - berdoa panjang2 sampai engko termuntah2. Heheheh
Man: Ada lagikah point yang ke-4 yang kita boleh buat untuk Allah mengkabulkan doa kita tu wak?
Wan: Kita dah berzakat atau bersedekah daripada harta kita. Hmmm.... ini ada lagi cara dalam mengeluarkan harta kita. Apa tak - kita banyakkan membuatlah kenduri. Jamulah orang makan. Kan kalo engko jamu orang berbuka puasa - engko boleh dapat pahala puasanya. Disini kita cuma - nakkan pulang mustajab berdoa ajer kan!
Man: Kemudian yang ke-5. Ada apa2 selepas itu ker wak?
Wak: Perbanyakan berbuat kebajikan ler pulak. Ringan2 tulang. Taburkan bakti - mulailah dengan ibu-bapa. Kaum keluarga yang dekat. Kemudian yang jauh. Dan seterusnya pada kaum muslimin yang ada disekeliling kita. Kemudian selepasnya - berdoalah.
Man: Ada lagi tak yang ke-6 wak?
Wak: Ini termasuklah point dalam perbuatan kebajikan. Baca quran dan baca juga tasirannya. Sampai semacam engko dapat hafal apa2 isi kandungan quran! Disini - setiap kali engko habis membaca quran - berdoa. Hah disini - aku perasan dah ada orang karangkan Yasin Hajat? Siap disusunkan tata-tertib semasa membaca Yasin. Ini pun boleh dilakukan. Tapi aku ingat - bio ler engko mengaji dan baca tafsirnya dari kulit ke kulit lagi menyeluruh kan?
Man: Apa kata kalo kita buat selepas kita mentelaah buku.
Wak: Ini pun boleh! Pasal pelajaran yang bermafaat boleh dijadi point untuk tempat berdoa yang mustajab.
Wak: Aku kira bio kita sebut point yang last sekali.
Pergi ler umrah atau haji. Ini memerlukan besar perbelanjaan. Dan disitu pun penuh dengan peluang2 untuk mendapat tempat berdoa yang maqbul pun - besar potentialnya.
Iyer. Gitu ler serba sedikit point2 yang engko kena buat sebelum berdoa. Jangan hanya menadah tangan semata2 tanpa ada kerja yang manfaat dibuat dahulu. Masukkan dalam hati. "Nakkan sesuatu - mesti ada "input"nya. Kena ada usaha dahulu sebelum dapat hasilnya.
Aku rasa cukup lah itu iyer sahaja....
خلص [khalas]
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- dan pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- dan tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- dan Allah maha besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Siri : 240227
