Duit duit duit.....

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
Duit duit duit....
 
Mari kita lihat "cerita" bitcoin.
 
 
Sebelum ini bitcoin boleh dikata agak kuat berbanding duit lain yang sejenis dengannya. Nilainya sememangnya berlegar dibawah paras US1k.
 
Tiba2 pada 14 Jan 2017. Pertama kali nilainya bergerak cergas. Ia mampu mencapai nilai US1k.
 
Kemudian sekitar 12 Oct 2017 nilainya meningkat lagi melebihi US5k. Ini berlaku dalam jangka-masa lebih kurang 10 bulan. Soalan: Adakah orang ramai sudah mulai memberi perhatian serious padanya?
 
Pada 1 Dis 2017. Nilainya melonjak lagi ke US10k pula. Ia berlaku hanya dalam waktu 2 bulan.
 
Kemuncaknya adalah pada 16 Dis 2017. Dengan nilai US19k. Ia bertahan sekitar 2 hari. Kemudian ia menurun. 
 
Sejak itu nilainya turun ke US15k pada 8 Jan 2018. US14k pada 13 Jan 2018. 20 Jan 2018 US12k. Dan diakhir ini pada 24 Jan 2018 ia bangun semula dari US11k.
 
Bagi kesimpulan. Tahun 2017 merupakan tahun kepesatannya. Bulan Okt hingga Dis adalah bulan2 dimana ia melonjak secara mendadak. Sedang ketika ini nilainya tinggal sekitar US10k.
 
Sama2lah kita perhatikan apakah perjalanannya selepas ini.
 
الله اعلم بالصواب
Categories: