Expt: sistem solar termudah

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
Man: Hari itu. Saya ada cerita pada wak. Bagaimana saya dah upgrade sistem solar saya...
 
Wak: Ye....
 
Man: Kali ini saya nak tahu amacam cara saya gather data dari sistem solar yang saya buat.
 
Wak: Data apa yang engko nak tahu?
 
Man: Selepas saya pasang LED USB. Saya dapati.
- Lampu USB ini boleh menyala lebih awal.
- Sekira2 beberapa minit selepas matahari naik.
 
Wak: Ok!
 
Man: Saya nak tahu:
- volt 
- dan arus
yang sistem saya tengah sedut sepanjang sistem ini beroperasi....
 
Wak: Hoh! Tengok rajah dibawah!
 
set
 
Apa yang saya dah buat ialah
1. voltmeter dipasang secara parallel
- dari setiap +ve solar panel
-- bubuh diode
-- selepas diode.
-- sambung sekali dan hantarkan pada DC Ammeter [meter I(arus)]
 
2. +ve DC ammeter disambung sekali dari +ve Voltmeter [meter v(volt)]
-- keluar dari DC ammeter ini jadilah +ve baru
 
3. ada 2 -ve disambung sekali
- ini jadi -ve yang baru seperti rajah 
 
atau clue-nya adalah:
1. voltmeter hendakkan +ve dan -ve dari solar panel
2 ammeter cuma perlu satu punca sahaja masuk ke meter dan satu kaki lagi dari meter jadi +ve baru
- oleh kerana satu sahaja wayar yang perlu:
-- boleh guna wayer +ve atau -ve tapi.
- tapi perhatikan baik2 tanda pada meter.
 
Man: Ok nanti saya cuba..
 
Wak: Insyaallah boleh tu... Tapi engko kena beli meter analog
 
1. Voltmeter. Range dia dalam lengkongan 30volt
2. Ammeter. Sekitar 10amp.
 
Man: Apasal pakai analog wak?
 
Wak: Aku rasa senagn pasang. Lagi pulak dia tu robust. Tahan lasak! 
Itu sahaja...
 
Ya Allah. Jadikanlah kami ini. Kaum yang berpelajaran dan berkhemah tinggi sesama manusia dan makhlukmu....
 
الله اعلم بالصواب