Fisabillillah
Submitted by tokchuk on Fri, 02/14/2014 - 09:22
Man: بسم الله
Wak: بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
Man: السلام عليكم
Wak: وعليكم السلام
Man: Wak! satu hari saya terserempak dengan peminta sedekah. Dia minta belikan makanan untuknya kerana lapar.
Wak: Aku rasa jangan le fikir banyak. Belikan aje. Takkan miskin engkau kerananya.
Man: Gitu le. Tapi yang menjadi soalan dalam fikiran saya ialah
- kenapa le bahagian zakat kita ni tak cari orang2 yang macam ni.
Bagi le dia tempat. Kemudian beri le dia makan tiap2 hari. Tanggung dia ni. Duit zakat kan ada.
Wak: Aku tak mahu le nak komen. Itu le kerja jabatan yang berkenan untuk mencari fakir ke, miskin ke, atau pada fisabillillah
ya allah jadikan kami ini dari golongan yang gigih menyiarkan syiar engkau setiap masa setiap pelusuk dunia. Kerana jika tidak ramai le yang akan menyesal diakhirat nanti ...
الله اعلم بالصواب
Categories: