Foto punya hal ...
S1. Apabila hendak bermula belajar ambil gambar apa yang perlu ditekan?
J1. Cuba bayangkan begini:
- melukis kena ada apa?
- kertas dan pensil!
- kemudian hendak lukis apa?
- apa yang hendak diceritakan
- itu sahaja
Jadi untuk foto kaitan dengan lukisan pun tetap ada. Tukar sahaja kertas/pensil jadikan camera/film - oh! zaman ini kamera digital dengan printer!
- beli alat yang termampu sahaja dahulu
- macam orang miskin alatnya murahan!
- dan mula mereka gambar yang boleh bercerita
- gambar Mona Lisa apa punya cerita oo...
S2. Apabila foto sudah dikaitkan dengan lukisan takkan nak ambil gambar pun kena mula2 mesti jadi artis/pelukis pula?
J2. Kalau ada bakat artis macam itu lagi baik, Umpamanya semua gambar yang diambil ada benda2 yang penting diambil dan ada mana2 yang tidak perlukan dikeluarkan dari frame gambar.
Tetapi jangan susah hati sambil ada alat mulalah belajar tentang fotografi sedikit demi sedikt mengikut kecenderongan thema apa yang hendak dibuat rekod/gambar seperti lukisan juga. Bukankah pelukis selalunya ada bidang masing2. Ada gambar pemandangan kampung. Ada yang tumpuka pada makanan dsb. Begitu juga dengan fotografi tumpukan satu2 thema - pemandangan, potrait, makanan dsb
S3. Tetapi kebanyakan fotografi orang sekarang pakai barang mahal2. Apa hal ini?
J3. Jangan salah anggap. Ada baru2 ini seorang itu memang pertandingan ambil gambar dengan guna "camera phone" entah2 iphone sahaja. Boleh percayakah! Memangnya itu bukan sebab teknikal tetapi kerana isi penceritaan gambar tersebut. Jadi apakah yang penting? Apakah thema yang dikehendaki oleh pertandingan itu!
Sebagai contoh:
1.
- janganlah dalam thema kahwin melayu tiba2 ada pula gambar pakaian moden dalam hutan belukar tempat Tarzan berhgayut!
- kahwin orang islam nanum banyak gambar2 semuanya menonjolkan budaya kafir - apa macam ni?
2.
Cuba perhatikan gambar logo web Dino ini.
- Apakah cerita pada gambar itu hendak disampaikan?
- binatang itu dalam semak
- semak bukan tumpuan kita!
- soal pada binatang itu - hilangkah dia?
- kemudian dia boleh pula bertukar2 jadi kotak2 - confuse fikiran!
- mesti pengambil gambar ini ada sesuatu yang hendak disampaikan ... kenalah berfikr!
- alat mengambil gambar ini perlukan barang mahal?
- entah2 pakai nokia sahaja
- atau entah camera point and shoot [pns]
cerita sebenar boleh tanya pada admin web ini...
kesimpulan:
- beli barang yang diperlukan dahulu
- belajar jadi artis/pelukis
- dalam lukisan dan gambar memang banyak persamaan
- penceritaannya penting!
Bagaimana adakah komik dan movie ada juga persamaannya!
