Fotografi kahwin - 1 Nikah

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
 
Cuba angle yang bukan biasa ...
 
 
 
Jika dapat masukkan semua yang terlibat ...
 
 
membaca lafaz takliq [jika dapat biar gambar semudah2nya]  ...
 
 
keadaan akan menyusahkan jurukamera untuk mendapat shot yang menarik ...
 
 
ini pula lagilah susah ....
 
 
 
Fotografi kahwin - 1 Nikah
 
Kahwin islam dan kafir jauh berlainan. 
 
Ringkasnya untuk merakamkan event ini, perlulah difikirkan gambar yang menceritakan 'satu kisah'. Oleh itu perlu difikirkan pengkisahan yang sesuai!
 
1. Nikah - ijab-kabul
 
Adalah baik jika gambar nikah menampilkan:
- bapa pengantin perempuan yang menikahkan anaknya
-- tetapi jika bapa mewakilkan kepada kadhi jika dia ada duduklah disebelah kadhi
- pengantin lelaki
- 2 orang saksi yang mendengar ijab-jabul
 
extra
-- pengantin perempuan
-- kadhi nikah, jika bapa pengantin perempuan yang menikahkan
-- beberapa orang rapat dengan kepihak pengantin
 
Jika mampu:
- susunlah kedudukan yang biar kemas dan teratur
- wajah setiap individual, jika boleh dapat dilihat
 
-----------------
PERINGATAN
-----------------
 
- Solah sunat lepas nikah memang digalakkan bagi pengantin
 
TETAPI 
 
- disebabkan berkejar hendak dirakam solah pengantin ini, semua menjadi keliru
 
Sebenar ADA MASA/WAKTU2 TERLARANG UNTUK SEMBAHYANG SOLAH SUNAT!
 
Masanya ialah:
 
1. Selepas fardhu subuh sehingga waktu solah dhuha
2. Tengah2 hari sebelum gelincir matahari [ bukan pukul 12thari Malaysia, sebab sudah diubah oleh Dr Mahathir]
3. Lepas solah asar hingga masuk waktu maghrib
 
jika nikah berlaku pada masa itu, baiklah digantikannya dengan SUJUD SHUKUR pula.
 
Caranya: 
 
1. Niat
2. Takbir - allahu akbar
3. Sujud sekali sahaja 
 
والله اعلم
Categories: