FX vs DX
Submitted by tokchuk on Fri, 03/13/2020 - 21:21
Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak:
وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Wak! Kalo kita nak lawankan kamera DX dengan FX. Mana satu yang lebih baik hasilnya?
Wak: Eh. Engko ni. Dah cerita kamera pulak?
Man: Saja le wak. Nak berubah angin.
Wak: Sebetulnya. Terpulang le pada engko sendiri:
- ada banyak duit!
Maka:
-- Beli le FX
- Kalo tak terbeli FX.
-- Maka beli le DX
Sesenang itu.
Man: Tapi dari segi hasil gambo-nya. Mana satu wak?
Wak: Tengok lens le.
Tapi untuk orang yang suka "bokeh".
Secara mudah:
- Memang FX tu lagi baik.
Sebab:
Kata le engko guna lens - 50mm f1.8 untuk ambil gambo potrait
- engko nampak "bokeh"nya sekian2
- atau "depth of field" [DOF]-nya sekian2
Kemudian kalo engko guna DX:
- lens yang dicadangkan pada kamera tu ialah:
-- 35mm kerana DX ada crop factor 1.5x
-- sebab 35mm x 1.5 = 52mm
-- konon2 ini macam 50mm pada FX. Konon! Bukan betul.
Tapi secara logiknya lens:
- 50mm vs 35mm memang lain DOF-nya pada jarak "x kaki" daripada objek
- 50mm dikatakan - normal lens
sedangkan
- 35mm dah jatuh pada "semi-wide" lens
Kan dah lain category.
Man: Hmmm..."Normal" lawan "wide-angle" lens.
Jadi:
- lens 50mm pada objek "10 kaki" katakan le...
takkan nak sama DOF dengan
- lens 35mm dengan objek "10 kaki" juga
- logik!
Jadi kesimpulannya:
Kalo kita pentingkan "DOF"
- kata le kita suka kesan 50mm pada FX
-- maka pakai le lens 50mm pada kamera DX pun!
-- baru le DOF nya sama.
Wak: Ingat f-number pun. Jadi secara mudahnya:
Kata le engko suka kesan lens 50mmm f1.8 pada FX
Maka kamera DX pun kena pakai 50mm f1.8 pun supaya DOF-nya sama.
Cuma pada DX kita nampak image-nya 1.5x besarnya!
Man: Hmmm....Lens dan f/number-nya yang menentukan "bokeh" - DOF.
Tapi kalo kita nak ambik scenery. Haah...kan lens pada DX dah wide angle. Ini yang patutnya nampak pada FX.
Wak: Jadi. Nampaknya untuk gambo2 scenery:
- FX ke atau DX ke.
-- Tak berapa berbeza sangat dari segi DOF-nya.
-- Cuma satu je untungnya. Yang "crop-factor" pulak ambil tempat.
Kata le DX dengan 50mm. Ini dah jadi macam "short tele-photo" lens pada DX. Kali je 1.5 x 50mm.
Kata le DX pakai lens 135mm. Nampak le image-nya 1.5x lagi!
Man: Jadi kebaikan DX ialah pada objek yang jauh. Kita macam nampak lagi dekat lagi image berbanding FX.
Wak: Gitu le.
Jadi aku tambah.
Kalo nak lagi macam "lebih" zoom.
- Baik pakai kameri 4 3rd pula le.
Man: Aduh...
Kesimpulan:
Untuk "bokeh" atau "DOF" yang baik.
- pilih FX.
- baru pakai lens 50mm f1.2 ke.
- hasilnya lagi cantik
Untuk konon "zoom"-nya lebih.
- pilih DX.
Hendak lagi jauh "zoom"-nya
- pilih 4 3rd. Mungkin lagi baik
Wak: Ye
استغفر الله العظيم
- aku berlindung pada Allah yang agung
لا حول ولا قوة الا بالله العظيم
- tiada sekeliling dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah yang besar
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
Ya tuhan kami berilah kami didunia kebaikan dan di akhirat kebaikan dan simpangkanlah kami dari azab api neraka
والله أعلم
Allah yang paling mengetahui
إلى اللقاء
- selamat bertemu lagi
Categories:
